Harian Metro

IQBAAL PERGI DULU MAK

„ Kanak-kanak balik sekolah meninggal depan rumah

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

Memang ajal Ahmad Damian Iqbaal Abdullah, 7, apabila sebaik turun daripada van sekolah dia berhenti menanggalk­an kasut serta stoking sebelum dilanggar kenderaan itu. Kejadian berlaku di depan rumah ketika ibunya sedang menanti kanak-kanak itu pulang dari sekolah petang kelmarin, lapor Iskandar Shah Mohamed

“Sejurus terdengar jeritan di luar rumah, saya bergegas keluar dan mendapati anak perempuan saya memangku tubuh Iqbaal,” kata datuk kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dilanggar van sekolah dinaikinya, semalam.

Kejadian berlaku di depan rumah kanak-kanak terbabit di Jalan Rotan Semut, Seksyen 18 di sini, jam 6.45 petang kelmarin.

Terdahulu, mangsa, Ahmad Damian Iqbaal Abdullah, 7, yang juga murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 baru selesai sesi persekolah­an dan pulang ke rumah dengan menaiki van terbabit.

Tiba di depan rumah mangsa, pemandu van yang juga lelaki warga emas berusia 66 tahun memberhent­ikan kenderaan untuk menurunkan Iqbaal dan sepupunya.

Namun ketika mahu meneruskan perjalanan, pemandu itu mendakwa berasa seolah-olah terlanggar sesuatu sebelum turun dan mendapati mangsa berada di bawah van terbabit.

Difahamkan, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang depan turun daripada van itu bersama sepupunya namun dia dipercayai menanggalk­an kasut dan stokingnya terlebih dulu berdekatan kenderaan berkenaan.

Iqbaal yang cedera di kepala dan badan kemudianny­a dibawa ke Hospital Shah Alam oleh keluargany­a namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

Datuk mangsa berusia 70-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia sekeluarga termasuk ibu Iqbaal yang hanya mahu dikenali sebagai Hazialina, 26, menanti kepulangan kedua-dua kanak-kanak sebaya itu.

“Kami memang sedih dengan kejadian ini, tetapi kelakuanny­a memang pelik akhir-akhir ini kerana terlalu manja dengan nenek dan ada memberitah­u tidak mahu menduduki peperiksaa­n tahunan seolah-olah mengetahui mahu pergi meninggalk­an kami buat selama-lamanya.

“Walaupun menghidap asma, dia seorang yang aktif bersukan. Kehilangan Iqbaal amat kami rasai namun kami reda dengan ketentuan Ilahi, apatah lagi dia pergi sebagai ‘anak syurga’,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, semalam.

Jenazah Iqbaal dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, petang semalam.

Menurutnya, anak sulung daripada dua beradik itu mula menaiki van sekolah sejak enam bulan lalu.

Sebelum ini, Hazialina yang menghantar­nya ke sekolah, tetapi tidak lagi berbuat demikian selepas mendapat kerja sebagai kerani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pemandu terbabit direman tiga hari bagi membantu siasatan.

“Kami masih menyiasat kejadian itu selain mengenal pasti punca sebenar sama ada akibat kelalaian atau sebaliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Kehilangan Iqbaal amat kami rasai namun kami reda dengan ketentuan Ilahi apatah lagi dia pergi sebagai ‘anak syurga’”

Datuk

 ?? >5 ??
>5
 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga mengangkat jenazah Iqbaal.
IQBAAL
AHLI keluarga mengangkat jenazah Iqbaal. IQBAAL
 ??  ?? HAZIALINA (tengah) dipapah ahli keluarga ketika urusan pengebumia­n Iqbaal.
HAZIALINA (tengah) dipapah ahli keluarga ketika urusan pengebumia­n Iqbaal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia