Harian Metro

6 penumpang selamat, pemandu kereta cedera

-

Kuala Lumpur: Enam penumpang bas Rapid KL yang terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menerusi kenyataann­ya Rapid KL memaklumka­n, dalam kejadian jam 8.20 pagi itu bas yang dalam perjalanan dari Hab Bas Pandan Indah ke pusat bandar raya terlanggar pembahagi jalan sebelum melanggar tiga kenderaan lain.

“Dua pemandu kereta persendiri­an cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatka­n rawatan.

“Rapid KL akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan berhubung insiden itu,” katanya.

Katanya, Rapid KL sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik, Jalan Bandar dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, kejadian pada waktu puncak itu mengakibat­kan kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan.

Video dan gambar kejadian itu turut tular di laman sosial berikutan ia kali kedua membabitka­n bas Rapid KL dalam tempoh dua bulan.

Pada 16 Ogos lalu, empat individu cedera selepas tujuh kereta dilanggar bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kemalangan jam 8 malam itu bermula di depan bangunan RISDA di Jalan Ampang dan berakhir di simpang Jalan Ampang.

Pemandu bas Rapid KL yang terbabit dalam insiden itu didapati memandu dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah.

 ??  ?? KEADAAN bas dan kereta yang terbabit nahas.
KEADAAN bas dan kereta yang terbabit nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia