Harian Metro

Sambung reman tiga hari lagi

-

Kuala Kangsar: Tempoh tahanan reman terhadap pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan mengakibat­kan lima rentung di Kilometer 255.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampira­n Terowong Menora, dekat sini, Sabtu lalu, disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes itu.

Reman disambung selepas tempoh reman kali pertama selama dua hari ke atas pemandu berusia 41 tahun itu tamat, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superinten­dan Zahiri Hassan berkata, polis menahan suspek di lokasi kejadian pada petang hari kejadian sebelum perintah reman diperoleh selama dua hari keesokanny­a.

Katanya, tempoh reman suspek bagaimanap­un dilanjutka­n hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, laporan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) keempat-empat waris yang mendakwa ahli keluarga dan mempunyai pertalian persaudara­an dengan mangsa dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor, untuk dianalisis.

“Laporan DNA dijangka diperoleh dalam tempoh dua minggu bergantung kepada siasatan jabatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, treler membawa muatan bijih besi yang dikatakan dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kereta Kia Forte dinaiki kelima-lima mangsa sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 7 Oktober lalu. ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran treler dan kereta di Kilometer 255.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampira­n Terowong Menora, Sabtu lalu.
LAPORAN Harian Metro, 7 Oktober lalu. ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran treler dan kereta di Kilometer 255.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampira­n Terowong Menora, Sabtu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia