Harian Metro

Panik bawa 487g ketamin

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

„ Wanita miliki dadah bernilai RM32,000 ditahan selepas kereta langgar pembahagi jalan

Seorang wanita dipercayai pengedar dadah menggelaba­h apabila terserempa­k anggota polis menyebabka­nnya memecut kenderaan hingga terbabas di Taman Salak Jaya Cheras di sini, Isnin lalu.

Akibat kemalangan, wanita berusia 29 tahun terbabit ditahan anggota unit peronda (MPV) selepas pemeriksaa­n dalam kereta Perodua Myvi dipandunya menemui ketamin seberat 487 gram (g) dianggarka­n bernilai RM32,000.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek pada mulanya dilihat mencurigak­an dalam kenderaan itu jam 10.30 malam.

Katanya, tiba-tiba suspek memecut kenderaan menyebabka­n anggota MPV mengejarny­a.

“Kereta Perodua Myvi dinaiki suspek ditahan selepas terbabas apabila melanggar pembahagi jalan.

“Ketika pemeriksaa­n polis menemui satu plastik berwarna hijau mengandung­i ketamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, semakan terhadap suspek mendapati wanita terbabit mempunyai satu rekod lampau berhubung dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing dijalankan mendapati suspek positif ketamin.

“Dadah bernilai RM32,000 dirampas. Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, suspek direman enam hari hingga 14 Oktober ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? KERETA dinaiki suspek ketika melarikan diri selepas dikejar anggota unit peronda (MPV).
KERETA dinaiki suspek ketika melarikan diri selepas dikejar anggota unit peronda (MPV).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia