Harian Metro

Natasha solo balik

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

„ Pelakon sahkan spekulasi penceraian heboh diperkata netizen

“Saya sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik. Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami.

“Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesai­kan perkara berkaitan terlebih dahulu,” kata pelakon Natasha Hudson, 36, ketika mengulas dakwaan dirinya sudah bercerai seperti yang diperkatak­an netizen di laman sosial ketika ini.

Ia susulan status yang dimuat naik Natasha di Instagram pada 25 September lalu yang mencetuska­n spekulasi ramai berhubung perceraian­nya itu.

Menurut Natasha, dia dan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal sudah bercerai secara baik tahun ini.

“Saya dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa.

“Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang,” katanya.

Natasha yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, semalam berkata, buat masa ini dia sibuk menjayakan misi kemanusiaa­n di Lombok, Indonesia.

Misi kali ini dilakukan dengan kerjasama Global Peace Malaysia, Cinta Syria dan Amalhope.

“Selain perniagaan, hidup dan kebahagiaa­n saya dengan melakukan misi kemanusiaa­n dan kerja amal,” katanya.

Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia perkahwina­n ketiganya.

Hasil perkongsia­n hidup dengan Carleed, mereka dikurniaka­n dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Dalam perkahwina­n terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.

 ??  ?? AERIL bersama kereta yang dihadiahka­n Wawa.
AERIL bersama kereta yang dihadiahka­n Wawa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia