Harian Metro

Air pasang di daerah Klang terkawal

-

Klang: Paras air laut di beberapa lokasi di daerah ini masih terkawal dan tiada penduduk diarah berpindah.

Setakat jam 7.30 pagi semalam, paras air laut direkodkan pada ketinggian 5.6 meter.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, ia berikutan air tidak melepasi paras ban setinggi enam meter serta tiada taburan hujan yang berlaku pagi semalam.

“Pagi tadi (semalam), pemantauan dibuat daripada jam 4 pagi hingga jam 7.30 pagi dengan paras tertinggi direkodkan pada jam 6.39 pagi dengan ketinggian 5.6 meter. Setakat ini keadaan terkawal,” katanya.

Samsol Maarif turut menasihati penduduk di kawasan yang terbabit untuk sentiasa berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa jika ada arahan pemindahan dibuat.

Difahamkan, paras air pasang pagi ini akan mencecah 5.5 meter pada jam 7.13 pagi manakala ia dijangka setinggi 5.1 meter apabila air pasang sekali lagi pada jam 7.31 petang.

Sepuluh lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dilanda banjir akibat fenomena air pasang besar iaitu Pangkalan Tok Muda, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat Batu Empat Kapar, Ban Sungai Serdang, Jalan Pandamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Jeti Nelayan Kampung Perepat, Pulau Ketam dan Telok Gong.

Tujuh pusat penempatan mangsa banjir turut diaktifkan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n jika air melepasi paras ban.

 ??  ?? KEADAAN paras air yang naik mencecah 5.6 meter terkawal di Jeti Awam Bagan Hailam, Jalan Foreshore, Pelabuhan Klang.
KEADAAN paras air yang naik mencecah 5.6 meter terkawal di Jeti Awam Bagan Hailam, Jalan Foreshore, Pelabuhan Klang.
 ??  ?? KEADAAN air pasang di kawasan
sekitar Pelabuhan Klang.
KEADAAN air pasang di kawasan sekitar Pelabuhan Klang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia