Harian Metro

Sugul fikir masa depan

-

„ Sukarelawa­n Muslim Care berdepan cabaran kembali ke Makassar

Selesai misi mengagihka­n wang dan barangan bantuan kepada mangsa bencana, sukarelawa­n Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) berdepan cabaran kembali ke Makassar.

Alternatif terbaik ke Makassar adalah dengan menaiki pesawat yang mengambil masa cuma sejam berbanding 24 jam atau perjalanan sejauh 1,000 kilometer jika menggunaka­n jalan darat.

Peserta misi bertuah apabila diberikan kebenaran menaiki penerbanga­n ihsan menggunaka­n pesawat C-130 Hercules milik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara dari Lapangan Terbang Sis Al Jufri, Palu untuk kembali ke Makassar, Isnin lalu.

Namun sebelum menaiki pesawat, sukarelawa­n bermandi peluh apabila membantu memunggah barangan bantuan seberat 15 tan selama sejam dari ruang kargo C-130.

Bagi melancarka­n proses itu, sukarelawa­n Muslim Care dan warga Indonesia lain membentuk rantaian manusia untuk memudahkan operasi pemunggaha­n barangan terbabit.

Sepanjang sejam penerbanga­n ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Sultan Hasanuddin, Makassar, kami memerhatik­an raut wajah mangsa bencana yang sugul dan mungkin mereka masih memikirkan masa depan berikutan Palu lumpuh sepenuhnya akibat gempa bumi dan tsunami.

Selepas mendarat di Makassar, Ketua Misi yang juga Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail memutuskan untuk membuat pembelian tambahan barangan keperluan bagi diagihkan kepada mangsa bencana di Palu.

“Bagaimanap­un, perjalanan kedua ke Palu bermula hari ini (semalam) hanya disertai dua sukarelawa­n iaitu saya dan wartawan Harian Metro kerana lapan yang lain terpaksa pulang atas sebab tertentu dan tuntutan tugas.

“Atas nama kemanusiaa­n dan semangat mahu membantu, kami melanjutka­n lagi misi bantuan sehingga Ahad ini.

“Kami membelanja­kan RM50,000 untuk membeli barangan yang diagihkan kepada mangsa bencana dengan RM30,000 ketika perjalanan pertama manakala RM20,000 dibelanjak­an untuk perjalanan kedua ini,” katanya.

Menurutnya, barangan seperti beras, makanan segera, air bersih dan susu bayi yang dibeli di Makassar diangkut menggunaka­n lori ke Palu.

“Bagi perjalanan kali ini, kami menaiki lori yang mengangkut barangan berkenaan. Kami terpaksa pulang ke Makassar untuk dapatkan bekalan barangan selain mengeluark­an wang.

“Palu lumpuh, hendak keluarkan duit di sana pun tidak boleh kerana mesin juruwang automatik tidak berfungsi,” katanya.

Mohd Johari berkata, sebagai pihak yang membawa amanah rakyat Malaysia, beliau mahu memastikan sumbangan berkenaan sampai dan memberi manfaat kepada mangsa bencana.

 ??  ?? PESERTA misi, mangsa bencana dan tentera bekerjasam­a mengeluark­an barang bantuan yang tiba di Lapangan Terbang Sis Al Jufri, Palu daripada pesawat C-130 Hercules milik Angkatan Udara (TNI-AU).
PESERTA misi, mangsa bencana dan tentera bekerjasam­a mengeluark­an barang bantuan yang tiba di Lapangan Terbang Sis Al Jufri, Palu daripada pesawat C-130 Hercules milik Angkatan Udara (TNI-AU).
 ??  ?? MANGSA gempa bumi dan tsunami Palu yang lemah dibantu dengan kerusi roda ketika dibawa turun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sultan Hasanuddin, Makassar.
MANGSA gempa bumi dan tsunami Palu yang lemah dibantu dengan kerusi roda ketika dibawa turun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sultan Hasanuddin, Makassar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia