Harian Metro

Terjerat pakej ‘sajian air mata’

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

„ Kerani mangsa terbaru khidmat katering penipu

Seorang kerani menjadi mangsa terbaharu penipuan syarikat katering terkenal yang menawarkan pakej perkahwina­n tidak wujud menyebabka­nnya kerugian RM5,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, Julai tahun lalu, mangsa wanita berusia 25 tahun tertarik dengan iklan perkhidmat­an katering ditawarkan syarikat itu untuk majlis perkahwina­nnya pada Mac 2019.

“Mangsa berhubung dengan pekerja syarikat untuk menempah pakej bernilai RM11,800 namun diminta membayar wang deposit RM5,000.

“Mac lalu, mangsa ke pejabat syarikat itu, di sini bagi urusan pembayaran deposit dan membuat bayaran tunai RM5,000 kepada kakitangan syarikat dan diberikan resit pembayaran.

“Bagaimanap­un, mangsa ada mendapat maklumat mengenai syarikat itu daripada individu yang mendakwa pernah menjadi mangsa dan pengalaman mereka tular di laman sosial,” katanya di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, susulan maklumat itu, mangsa menghubung­i pekerja syarikat itu namun semua gagal dihubungi.

“Mangsa yang curiga dan bimbang perkara yang sama berlaku kepadanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kelmarin.

“Modus operandi sindiket ini dengan menawarkan pakej perkahwina­n yang tidak wujud hingga mengakibat­kan mangsa mengalami kerugian. Kami membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan mengesan suspek terbabit,” katanya.

Metro Ahad melaporkan, puluhan mangsa di lima negeri menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat katering yang menggunaka­n artis terkenal sebagai duta.

Lebih malang, ada pengantin hanya mengetahui katering yang ditempah lesap sehari sebelum majlis perkahwina­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia