Harian Metro

Harap keputusan

- Safuri Kamarudin cnews@nstp.com.my

„ Pemilik gerai laksa kebok beri kerjasama penuh

Pemilik gerai jualan laksa kebok, Daud Ismail, 51, akan terus memberi kerjasama kepada semua pihak dan berharap mendapat keputusan adil bagi meneruskan perniagaan itu yang menjadi punca mata pencariann­ya.

Daud berkata, setiap kali pegawai pejabat kesihatan membuat pemeriksaa­n dan siasatan dia memberi kerjasama yang baik.

“Saya memberi kerjasama yang baik dan bersikap terbuka supaya pihak berkenaan membuat pemeriksaa­n ke semua tempat termasuk kawasan dapur dan tempat membuat laksa serta memasak kuah.

“Saya memberi ruang sepenuh kepada mereka membuat pemeriksaa­n kerana saya sudah lama menjalanka­n perniagaan itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurutnya, sejak kejadian itu tular di media sosial dia juga tidak diugut mana-mana pihak sebaliknya ramai kawan dan pelanggan memberi semangat serta sokongan.

“Perniagaan ini sudah lama saya usahakan dan akan terus berniaga selepas mendapat kebenaran daripada pejabat kesihatan.

“Pejabat kesihatan sudah menampal notis supaya menutup premis sehingga siasatan selesai sementara menunggu sampel pemakanan daripada jabatan kimia.

“Saya menunggu dengan sabar dan berharap keputusan yang adil kerana itu rezeki saya mencari nafkah hidup dengan berniaga laksa,” katanya.

Sementara itu, pelanggann­ya, Haslina Abd Wahab, 34, dari Kampung Pokok Sena, Pulai berkata, dia selalu makan laksa kebok yang dijual di Kampung Landak, Kupang.

Menurutnya, pada bulan puasa, dia kerap membeli laksa di situ dan terkejut terbaca mengenai keracunan makanan selepas makan laksa kebok.

“Sepanjang saya makan laksa itu tidak ada kesan sampingan kerana perniagaan­nya menyediaka­n dengan bersih.

“Selepas tular kejadian itu, perniagaan­nya turut terkesan dan terserah kepada pihak bertanggun­g jawab membuat siasatan,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 10 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 10 Oktober lalu.
 ??  ?? DAUD Ismail
DAUD Ismail
 ??  ?? HASLINA
HASLINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia