Harian Metro

349 ditahan pelbagai kesalahan sejak Januari

-

Cheras: Seramai 349 individu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah membabitka­n pelbagai kesalahan termasuk penyeludup­an manusia serta barangan lari cukai dalam Op Nyah sejak Januari hingga September lalu.

Komander PGA Briged Tengah Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi dijalankan di Selangor dan Johor itu turut merampas barangan bernilai lebih RM1.2 juta.

“Operasi itu memfokuska­n kepada penyeludup­an manusia dan penyeludup­an barang lari cukai di kawasan berkenaan termasuk di sempadan negara.

“PGA Briged Tengah mempunyai 22 pos di Selangor dan 22 pos di Johor bagi mengawal kegiatan penyeludup­an,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Komander Briged Tengah, di sini, semalam.

Dalam majlis itu, Asisten Komisioner Adzhar Othman menyerahka­n tugas kepada Superinten­dan Chew Than Soon selepas bersara wajib.

Adzhar yang berkhidmat selama 39 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih buat pasukan keselamata­n itu.

Abdul Ghani berkata, dalam operasi itu sebanyak 157,105 karton rokok dirampas selain 446 botol minuman keras yang cuba diseludup.

“Selain itu, PGA turut merampas pelbagai jenis dadah, kayu bakau dan kenderaan yang digunakan untuk menyeludup barangan.

“Op Nyah pada tahun ini menunjukka­n penurunan 9.3 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? ADZHAR (kiri) menyerahka­n tugas kepada Chew selepas bersara wajib sambil disaksikan Abdul Ghani.
ADZHAR (kiri) menyerahka­n tugas kepada Chew selepas bersara wajib sambil disaksikan Abdul Ghani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia