Harian Metro

Sorang demi seorang anak sakit perut

-

Setar: “Mula-mula anak ketiga yang sakit perut jam 2 pagi, selepas itu seorang demi seorang anak sakit perut,” kata seorang mangsa yang mendakwa keracunan selepas makan laksa dari sebuah gerai di Kupang, Baling, Khamis lalu.

Sarina Abdul Rahman, 42, dari Taman Harmoni, Baling berkata, laksa itu dibeli oleh suaminya, Abdul Halim Abdul Kadir, 47, sebanyak sekilogram dengan harga RM12 selepas pulang dari Kuala Ketil.

Katanya, empat anak bersama suami makan laksa itu selepas pulang dari sekolah manakala dia makan pada lewat petang.

“Pada pagi Ahad itulah seorang demi seorang sakit perut, demam dan cirit-birit, pada mulanya saya hanya memberi mereka makan ubat demam tapi keadaan masih tidak memuaskan sehingga saya dan suami terpaksa membawa mereka ke klinik swasta pada Jumaat.

“Selepas makan ubat dari klinik terbabit keadaan anak saya semakin baik kecuali anak ketiga berusia 10 tahun yang tidak menunjukka­n sebarang perkembang­an positif.

“Saya dan suami terpaksa membawa anak ketiga ke Hospital Baling pada Isnin, dia kemudian dimasukkan air dan dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sarina berkata, pihak hospital mengambil sampel najis anaknya semalam untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, dia hanya mengalami cirit-birit ringan manakala suaminya yang menikmati laksa tanpa salad, timun dan bawang tidak mengalami sebarang masalah.

Katanya, mereka sekeluarga adalah pelanggan tetap laksa di gerai terbabit sejak tiga tahun lalu dan pernah membeli sehingga 20 kilogram (kg) untuk jamuan. “Saya tidak mengesyaki keracunan makanan ini berpunca laksa dari kedai terbabit sehinggala­h ia tular di media sosial.

“Keadaan anak saya juga semakin baik dan sudah kembali ke sekolah, saya harap pihak Jabatan Kesihatan dapat melakukan siasatan sewajarnya untuk mengetahui punca sebenar,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n pertambaha­n sebanyak 42 kes keracunan makanan yang disyaki berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling.

Ketua Pengarahny­a Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dipetik berkata, 14 daripada kes terbabit dilaporkan di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor. Mangsa keracunan makanan dipercayai berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling, Kedah di negeri ini hanya tinggal empat pesakit sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Dr Ding Lay Ming, berkata kesemuanya kini stabil dan dirawat di Hospital Gerik.

“Semua klinik kesihatan dan hospital di Perak juga sudah diarah untuk memaklumka­n Pegawai Kesihatan

Daerah (PKD) di daerah masing-masing jika mengesan kes Acute Gastroente­ritis (AGE) atau cirit-birit akibat makan laksa di kedai sama,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, AGE yang ada kaitan dengan laksa daripada gerai di Kupang, Baling perlu dilaporkan kepada PKD untuk tindakan lanjut. Sabak Bernam: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun antara empat yang ditahan selepas cuba memecah masuk sebuah rumah di Parit 8, Ban Dua Setengah, Sungai Leman di sini, 4 Oktober lalu.

Pada kejadian jam 2.45 pagi, kesemua suspek ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superinten­dan Nor Azmi Isa berkata, pemeriksaa­n terhadap kediaman dihuni suspek menemui pelbagai barangan curi seperti seterika wap, televisyen, mesin rumput dan kipas meja.

“Keempat-empat suspek aktif memecah masuk rumah di sekitar Sekinchan sejak lebih lapan bulan lalu dan menjadikan premis perniagaan sebagai sasaran.

“Dua suspek berusia 27 dan 30 tahun, masing masing mempunyai lima dan satu rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media di IPD Sabak Bernam semalam.

Nor Azmi berkata, dengan penahanan suspek, pihaknya berjaya menyelesai­kan tiga kes pecah rumah di sekitar pekan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia