Harian Metro

‘Biarku hilang nyawa’

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

„ Gadis sanggup minum peluntur enggan teruskan hubungan cinta

Enggan meneruskan hubungan dengan teman lelakinya, seorang gadis sanggup minum cecair peluntur di rumah keluargany­a di Batu 12, dekat sini, kelmarin.

Gadis berusia 20 tahun yang juga penuntut sebuah universiti di Kota Kinabalu ditemui oleh ibu bapanya selepas mengalami muntah dan sakit perut, kira-kira jam 9 pagi sebelum dihantar mendapatka­n rawatan di Hospital Duchess of Kent.

Menurut sumber, sebelum kejadian gadis itu dikatakan bertengkar dengan ibunya selepas ditegur supaya menjaga sikapnya di hadapan keluarga teman lelakinya yang datang ke rumah.

“Teman lelakinya datang ke rumah bersama ahli keluarga dipercayai untuk membincang­kan berkenaan perkahwina­n mereka. Bagaimanap­un, gadis itu enggan meneruskan hubungan kerana mendakwa lelaki itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber itu berkata, gadis itu kemudian meminum cecair peluntur.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

“Gadis itu masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

 ?? Mohd Azhar Hamin ?? Gadis itu masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut masih dijalankan”
Mohd Azhar Hamin Gadis itu masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut masih dijalankan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia