Harian Metro

Ambil keterangan Nurulhiday­ah

-

Putrajaya: Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki mengesahka­n pihaknya mengambil keterangan anak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhiday­ah semalam.

Azam ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu, sekali gus menafikan kenyataan Nurulhiday­ah bahawa dia hadir ke SPRM untuk menemani ayahnya.

“Ya, kami merekodkan keterangan­nya hari ini (semalam), turut direkodkan keterangan ialah adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

“Kedua-dua mereka hanya direkodkan keterangan hari ini, tidak sambung esok (hari ini),” katanya.

Terdahulu, Nurulhiday­ah memaklumka­n beliau hadir ke ibu pejabat SPRM, di sini untuk menemani bapanya dan bukan dipanggil bagi memberi keterangan.

Nurulhiday­ah berkata demikian ketika ditanya pemberita sebaik dilihat keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 4.52 petang.

“Tidak, saya teman dia (Ahmad Zahid) sahaja,” katanya.

Ahmad Zahid hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewen­gan dana sebuah yayasan.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri tiba kira-kira jam 9.20 pagi selepas diarahkan hadir oleh SPRM, minggu lalu.

Difahamkan, Ahmad Zahid dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyelewen­gan dana yayasan itu berjumlah hampir RM900,000.

 ??  ?? NURULHIDAY­AH keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, semalam.
NURULHIDAY­AH keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia