Harian Metro

‘SPRM tak halang anggota, ahli politik berkawan tapi...’

-

Putrajaya: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menghalang kakitangan­nya untuk berkawan dengan sesiapa saja selagi tidak membocorka­n maklumat siasatan dan bukti

kes.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, anggota dan pegawainya sedia maklum mengenai peraturan organisasi dan beliau tidak ada hak untuk menghalang mereka daripada berkawan termasuk dengan orang politik.

“Semua dalam SPRM boleh berkawan dengan sesiapa saja, takkan kita tidak boleh berkawan, tapi dengan syarat tidak boleh bocorkan maklumat dan bukti,” katanya kepada media selepas menghadiri seminar Bersiap sedia Untuk Liabiliti Korporat di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Mohd Shukri berkata demikian mengulas gesaan Ahli Jawatankua­sa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan supaya SPRM menyiasat dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mengaku mempunyai ‘kawan’ dalam SPRM yang membocorka­n maklumat berhubung Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diminta hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, di sini.

Beliau berkata, SPRM tidak akan melakukan siasatan berhubung perkara itu kerana notis panggilan kepada Ahmad Zahid untuk memberi keterangan bukan satu rahsia dan pemimpin itu boleh memberitah­u kepada sesiapa saja, termasuk keluarga.

“Kita nak kata bocor kepada orang dalam, ia bukan satu rahsia. Notis itu sudah jadi dokumen awam,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia