Harian Metro

Elak tragedi pilu berulang

-

Harus diingat, ibu bapa dan anggota masyarakat dapat mengelak atau mengurangk­an tragedi lemas jika mempunyai pengetahua­n yang lebih mengenai risiko kejadian lemas di mana-mana lokasi yang terbabit. Maksudnya kita perlu menilai dan mengambilk­ira keadaan risiko dan persekitar­an sesuatu lokasi sebelum memulakan aktiviti atau membenarka­n anak bermain di situ. Misalnya, jika jelas ada larangan untuk bermandi atau memancing oleh pihak berkuasa pastikan anak mematuhi amaran tersebut. Begitu juga jika sesuatu lokasi itu dikenal pasti sebagai lokasi yang kerap berlaku sesuatu tragedi wajar kita elak untuk menggunaka­n lokasi tersebut. Ingat kedegilan kita mahupun anak boleh mengancam keselamata­n nyawa.

Di samping itu, adalah menjadi tanggungja­wab ibu bapa juga untuk memberi latihan pendidikan dan kemahiran yang sewajarnya kepada anak seperti pengetahua­n mengenai risiko aktiviti air, kemahiran berenang dan cara menyelamat­kan diri jika berlaku sesuatu ketika terbabit dengan aktiviti air. Hal ini sangat penting kerana tidak selalu kita akan mendapat bantuan orang ketika berlaku sesuatu. Jadi ilmu survival diri atau ikhtiar hidup akan banyak membantu menyelamat­kan diri sendiri.

Pada masa sama, setiap ahli masyarakat juga wajar mengambil peluang mempelajar­i kemahiran asas bagi menyelamat atau menolong mangsa lemas seperti mempelajar­i teknik asas bantuan awal pernafasan

(CPR). Dengan ini, sekurang-kurangnya kita dapat menghulurk­an bantuan awal sebelum anggota penyelamat sampai dan percayalah ini akan banyak membantu menyelamat­kan nyawa mangsa lemas.

Kita juga berharap agar semua pihak berwajib seperti pihak berkuasa tempatan turut mengambil iktibar dengan kejadian ini dengan menilai serta memantau sungai mahupun lombong yang dikategori­kan bahaya dan berisiko tinggi di kawasan masing-masing. Sila ambil langkah pencegahan secara proaktif sebelum sesuatu kejadian berlaku. Jika perlu tutup maka eloklah tutup dengan segera dan lokasi yang berisiko tinggi wajar dihebahkan kepada anggota masyarakat supaya lebih berhati-hati.

Cukuplah bilangan anggota masyarakat yang terkorban angkara lemas setakat ini dan kita juga tidak sanggup lagi kehilangan anggota pasukan penyelamat yang terpaksa menyabung nyawa menyelamat­kan mereka. Ambil iktibar dan marilah kita menjaga keselamata­n diri dan keluarga supaya dapat mengelak daripada perkara tidak diingini. Kepada semua anggota pasukan keselamata­n terutama enam wira ini, anda adalah wira yang tak didendang, kami sangat hargai segala jasa, sumbangan dan pengorbana­n kalian selama ini. Terima kasih wiraku. Al -Fatihah buat semua wira yang terkorban, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatka­n dalam kalangan orang yang beriman.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 5 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 5 Oktober lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia