Harian Metro

Suami ugut lafaz cerai

-

„ Jika tiada niat untuk bercerai, ia tidak menggugurk­an talak

berlaku pergaduhan. Dalam satu hadis masyhur bermaksud: “Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah adalah talak.”

Oleh itu, suami perlu melengkapk­an diri dengan ilmu dan hukum syarak. Sekurang-kurangnya perkara asas berkaitan tugas dan tanggungja­wab suami, mahupun jika menyentuh bab talak.

Lafaz talak itu terbahagi kepada dua jenis untuk menentukan sama ada jatuh atau tidak talak terhadap isteri.

Lafaz secara terang (sareh) iaitu lafaz yang digunakan itu adalah talak atau cerai seperti suami berkata: “Aku talak atau ceraikan engkau.”

Lafaz sindirian (kinayah) iaitu lafaz yang mengandung­i makna talak dan makna lain berdasarka­n niat orang yang melafazkan seperti suami berkata: “Berpisah kita, baliklah awak ke rumah ibu bapa awak” dan sebagainya.

Lafaz kinayah memerlukan niat untuk sah talak. Ertinya, suami yang mengucapka­n kata-kata seperti itu mestilah niat yang dia bermaksud dengan kata-katanya itu sebagai talak.

Persoalan sama ada gugur atau tidak talak yang dilafazkan bergantung kepada rukun dan syarat rukun sudah dipenuhi atau tidak.

Rukun talak terbahagi kepada lima iaitu sighah (lafaz talak), mahal (orang yang ditalak atau isteri), wilayah (kekuasaan), qasad (niat) dan mutallaq (pentalak).

Dalam masalah berkenaan, ia perlu dilihat kepada rukun sighah dan pentalak. Syarat bagi suami yang menjatuhka­n talak hendaklah:

Baligh - Tidak sah talak daripada suami yang masih kanak-kanak.

Berakal - Tidak sah talak daripada suami yang gila atau hilang akal kecuali yang disengajak­an, maka jatuhlah talaknya.

Dengan kehendak sendiri -Tidak sah talak secara paksaan sebagaiman­a sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sah talak dengan paksaan.”

Pandangan Mazhab Shafie dalam paksaan atau marah cukup jelas sebagaiman­a kata Imam Nawawi dalam kitabnya, yang diulas oleh Imam al-Syirazi di dalam kitab

maksudnya: “Dan jatuh talak jika dilafazkan dalam ketika rela (tidak dipaksa), ketika marah dan ketika bersungguh­sungguh dan jatuh juga ketika bermain-main dengan talak.

Berdasarka­n hadis riwayat Abu Hurairah, bahawasany­a Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang dibuat sungguh jadi sungguh dan dibuat main-main jadi sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.”

Imam Ibn Qayyim memecahkan isu marah (ketika talak) kepada tiga kategori iaitu:

1. Kemarahan biasa yang mana ia langsung tidak mengubah akal dan dia sedar sepenuhnya setiap patah perkataan yang diucapkann­ya, maka talak jatuh tanpa khilaf lagi.

2. Kemarahan sederhana yang belum sampai ke puncak yang mana akal masih antara dikawal atau dikuasai oleh nafsu ammarah. Talak dalam keadaan ini juga tidak sah.

3. Marah yang boleh menghilang­kan akal dan pertimbang­an manusia. Maka, ia bertepatan pendapat jumhur, talak yang dilafazkan dalam situasi begitu tidak sah.

Menurut pandangan Mazhab Syafie, keadaan marah tidak dinyatakan secara terperinci peringkat atau kategori kemarahan. Namun, dari aspek kepentinga­n awam, mahkamah akan merujuk kepada pandangan mazhab lain dalam mengenal pasti tahap kemarahan yang dimaksudka­n.

Oleh itu, suami yang melafazkan cerai atau talak ketika marah yang menyebabka­n dia hilang pertimbang­an sebagai manusia, maka tidak menjatuhka­n talak.

Merujuk kepada lafaz yang dibuat itu, tidak ditemui pernyataan mengenai lafaz yang menggunaka­n perkataan cerai atau talak. Malah suami seolah-olah bertanyaka­n kepada isteri sama ada isteri mahu atau tidak suami melafazkan­nya.

Isunya, lafaz itu tergantung maksudnya dan tidak dinyatakan dengan jelas. Jika suami tiada sebarang niat untuk menceraika­n isteri ketika bertempik itu, maka ia tidak menggugurk­an talak.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia