Harian Metro

Tentu hala tuju MA63

- Farah Marshita Abdul Patah cnews@nstp.com.my

„ PM ketuai Jawatankua­sa Kabinet untuk kembalikan keistimewa­an Sabah dan Sarawak

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai Jawatankua­sa Kabinet untuk menangani isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi mengembali­kan keistimewa­an kepada Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, jawatankua­sa MA63 akan turut dianggotai Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafee Apdal, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah dan Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Katanya, beliau juga akan turut menganggot­ai jawatankua­sa itu bersama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari

Abang Openg,

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.

Yang turut menganggot­ai jawatankua­sa itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah, Peguam Besar Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, Peguam Besar Sabah Zaleha Rose Pandin, Peguam Negara Tommy Thomas dan Profesor Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

“Jawatankua­sa pemandu akan mengadakan mesyuarat bermula sebulan dari sekarang bagi menentukan hala tuju MA63.

“Kita hanya mempunyai tempoh enam bulan untuk menjalanka­n tugas bagi mengembali­kan pelaksanaa­n MA63,” katanya pada sidang media selepas Bual Bicara Reformasi Undang-undang di UM di sini, semalam.

Vui

Keong berkata, jawatankua­sa itu akan mengkaji keseluruha­n MA63 secara inklusif termasuk isu royalti minyak dan pembanguna­n Sabah dan Sarawak.

Menjawab kritikan bahawa jawatankua­sa itu hanya terdiri daripada menteri Kabinet, beliau berkata, perkara berkenaan tidak benar kerana Peguam Besar Sabah dan Sarawak turut dilantik.

“Selepas enam bulan, laporan jawatankua­sa itu akan dibentangk­an dan buat masa ini kita akan mengadakan mesyuarat pada setiap bulan dalam tempoh berkenaan,” katanya.

MA63 ditandatan­gani di London, United Kingdom pada 7 Julai 1963 yang menjadi detik permulaan pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963.

Perjanjian Malaysia diperkenan­kan pemerintah British, Ratu Elizabeth II disusuli Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullai­l pada 26 Ogos 1963.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia