Harian Metro

Rugi RM17,450

- Muhaamad Hafis Nawawi cnews@nstp.com.my

Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kerugian RM17,450 selepas terpedaya dengan sindiket

yang kononnya ada menerima barangan dari luar negara.

Menurut sumber, wanita berusia 37 tahun itu pada mulanya dihubungi seorang wanita yang menyamar kononnya wakil dari syarikat kurier memaklumka­n mangsa menerima barangan dari luar negara sekitar jam 12.30 tengah hari awal September lalu.

“Suspek kemudian berhubung dengan mangsa semula melalui aplikasi WhatsApp dan memintanya memasukkan wang RM1,800 dengan alasan ada masalah untuk menghantar barangan itu kerana Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian memasukkan wang itu ke dalam akaun bank diberikan di sebuah bank di Mergong,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian sekali lagi meminta RM5,500 atas alasan bayaran kompaun dan perlu dijelaskan sebelum menerima barangan itu.

“Mangsa sekali lagi memasukkan duit sebanyak tiga kali pada 12 September dan 14 September lalu melalui nombor akaun sama.

“Tidak cukup dengan itu, suspek sekali lagi meminta wang RM2,500 dan RM4,600 kononnya caj lewat pembayaran,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas membuat bayaran itu, suspek memberi alasan perlu menjelaska­n pula RM1,550 sebagai bayaran tambahan cas keselamata­n, dan sekali lagi diminta memasukkan wang RM1,500 pada 5 Oktober lalu kononnya untuk bayaran kedutaan.

“Selepas membuat bayaran itu mangsa masih tetap tidak menerima barangan yang didakwa dari luar negara itu.

“Dia yang mengesyaki ditipu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kota Setar kelmarin (Isnin) untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superinten­dan Chan Teck Pain ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan.

„ Guru PASTI ditipu sindiket parcel scam konon terima barang dari luar negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia