Harian Metro

‘Angkut’ anak

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

„ Suspek kerat bapa direman tujuh hari

Lelaki yang dipercayai melakukan pembunuhan kejam dengan mengerat enam anggota badan termasuk memenggal kepala bapanya di Kampung Kanthan Baru, di sini, kelmarin, direman tujuh hari bermula semalam.

Majistret Siti Salwa Ja’afar membenarka­n tempoh reman sehingga 16 Oktober bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek berusia 52 tahun itu.

Siasatan terhadap suspek yang juga anak kandung mangsa itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Semalam Harian Metro melaporkan, mayat You Su Kim, 74, ditemui di dua lokasi berbeza iaitu dalam sebuah tangki kumbahan sedalam 1.5 meter serta lubang digali di belakang rumah mangsa.

Difahamkan, kejadian ngeri itu disedari anak perempuan mangsa kira-kira jam 9 pagi selepas menemui beberapa kesan darah di tilam, bantal dan dinding rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman dalam kenyataann­ya kelmarin berkata, susulan penemuan mayat berkenaan, polis menahan suspek selepas polis dimaklumka­n oleh jiran yang mendengar pergaduhan antara mangsa dan anak lelakinya itu. Menurutnya, suspek yang ditahan kemudian menunjukka­n senjata iaitu sebilah parang panjang berukuran 0.6 meter yang dipercayai digunakan untuk memotong tubuh mangsa.

Katanya, kedua-dua tangan dan kaki mangsa yang dikerat serta kepala dipenggal ditanam di dalam lubang digali suspek berhampira­n pagar di belakang rumah manakala bahagian badan mangsa pula dibuang ke dalam tangki kumbahan.

 ??  ?? SUSPEK (tengah) yang dipercayai memenggal kepala bapa sendiri.
SUSPEK (tengah) yang dipercayai memenggal kepala bapa sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia