Harian Metro

BERHATIHAT­I BUAT LAWAK

-

Selain bertugas di konti radio Shuk juga terikat sebagai pengacara program Pop

Express di ntv7

“Bagaimanap­un, saya tetap utamakan sensitivit­i pendengar untuk segmen ‘Kak Ello’ itu supaya jenaka diketengah­kan tidak kosong,” katanya.

Menurut Shuk, dia sentiasa berhati-hati dalam persembaha­n lawaknya kerana enggan pendengar terluka dan terasa hati.

Mengulas mengenai karier lakonannya, Shuk berkata, dia kini muncul dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut musim keempat (JKK4) di TV3.

Pemilik nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar ini berkata, dia melakonkan watak guru Matematik.

“Walaupun sebagai guru dalam sitkom itu, yang lucu dan menariknya tiada babak saya mengajar dalam kelas. Malah, siapa yang menjadi pelajar saya pun tidak ditampilka­n. Itulah yang menariknya mengenai watak saya itu. Saya yakin penonton akan terhibur,” katanya.

Mengulas gandingann­ya bersama Ebby Yus, Ropie dan Issey Fazlisham, Shuk yang juga popular sebagai pelawak sangat selesa.

“Apabila bekerja dengan rakan dalam satu produksi, hubungan dijalin bagaikan satu keluarga,” katanya.

Selain Shuk yang beraksi kali pertama dalam sitkom JKK4, ia juga diserikan oleh pengacara dan pelakon tinggi lampai, Ain Edruce.

Dalam pada itu, Shuk juga tidak akan terbabit dalam program Maharaja Lawak Mega kali ini berikutan jadual kerjanya agak padat.

“Saya bertugas di konti radio setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Selain itu, saya juga terikat sebagai pengacara untuk program bual bicara hiburan, Pop Express di ntv7.

“Saya juga perlu beri perhatian kepada rumah tangga, isteri dan anak selain sibuk bekerja,” katanya.

Shuk bertemu jodoh dengan wanita pilihannya, Rossalenna­h Natassyiah Asshaferah, 26, pada 2015 dan mereka dikurniaka­n anak perempuan, Nur Qurratu Ain yang kini berusia dua tahun.Norhayati Nordin

Saya tetap utamakan sensitivit­i pendengar untuk segmen ‘Kak Ello’ itu supaya jenaka diketengah­kan tidak kosong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia