Harian Metro

ANGGA TERUJA DI MALAYSIA

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Berkesempa­tan berkunjung ke Malaysia bagi mempromosi­kan lagu duet dengan seorang penyanyi baru, penyanyi kumpulan Supernova dari Indonesia, Angga teruja untuk sekali lagi ke Kuala Lumpur.

Selain Angga, Supernova yang turut dianggotai Randy (gitar), Galih (gitar), Esza (bass), Dedy (keyboard) dan Katink (dram) serta ditubuhkan pada 2005 itu terkenal dengan lagu Sayang, Aku Akan Pergi dan Sungguh Terlalu.

Angga berkata, melihat komen peminat dari Malaysia membuatkan mereka teruja untuk datang ke sini dan mempromosi­kan lagu baru.

Bagaimanap­un, projek seperti itu perlulah dijalankan dengan teliti.

“Kami tidak sangka ada peminat dari Malaysia. Mereka juga kerap meminta kami datang ke sini dan mengadakan persembaha­n. Sebenarnya, sekitar 2016 kami ada perancanga­n untuk bertemu peminat di Malaysia tetapi ketika itu jadual kami padat dengan persembaha­n di Indonesia. Jadi, impian berkenaan terkubur begitu saja. Apa pun, saya harap dapat datang bersama anggota kumpulan lain awal tahun hadapan,” katanya.

Sedang mengumpul material untuk lagu baru, Angga berkata, dia sebolehbol­ehnya mahu hasilkan karya yang sesuai untuk pasaran Malaysia dan Indonesia sebagai buah tangan dan penghargaa­n buat peminat Supernova di dua negara.

Bagaimanap­un, buat masa ini, Angga yang berganding dengan Sekar Qaanita menerusi lagu Sembuhkan Aku ingin memberi ruang kepada lagu itu untuk mendapat tempat terlebih dulu.

Tidak hanya selaku rakan duet, lagu berkenaan turut mendapat sentuhan sepenuhnya daripada Angga. Malah, jejaka itu sendiri menerbitka­n karya itu bagi membantu melebarkan sayap Sekar di persada seni.

“Supernova akan tampil dengan lagu baru setiap tahun. Untuk tahun hadapan, kami fokus untuk hasilkan sesuatu bukan hanya untuk peminat Indonesia tetapi juga di Malaysia.

“Bagaimanap­un, saya baru saja keluar lagu duet dengan Sekar. Oleh itu, buat masa ini saya juga harus memberikan tumpuan untuk promosi lagu berkenaan di samping membantu menaikkan nama Sekar,” katanya.

Namun begitu, Angga berjanji akan kembali ke Malaysia bersama anggota kumpulan lain berbekalka­n karya baharu mereka sekitar awal tahun hadapan.

 ??  ?? Kami tidak sangka ada peminat dari Malaysia. Mereka juga kerap meminta kami datang ke sini dan mengadakan persembaha­n
Kami tidak sangka ada peminat dari Malaysia. Mereka juga kerap meminta kami datang ke sini dan mengadakan persembaha­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia