Harian Metro

Nikmati hidup seadanya

-

“Saya juga tidak boleh meramal apakah yang akan berlaku esok, namun apa yang boleh saya buat adalah sentiasa mencuba sehabis baik untuk hari ini.

“Selain itu, banyakkan berdoa supaya dipanjangk­an usia dan dimurahkan rezeki. Nikmatilah kehidupan hari ini dengan seadanya dan nantikan apakah cerita yang berlaku pada hari seterusnya,” katanya.

Terdahulu perpisahan mereka mula dihidu media Indonesia selepas bekas kekasih penyanyi Ariel Noah ini memuat naik foto dengan Reino.

Menerusi gambar terbabit, Luna menulis kapsyen yang mengatakan dia ingin membuat permohonan maaf kepada Reino dan hubungan mereka yang sudah berusia lima tahun itu.

Barangkali menjadi seorang Luna Maya bukan perkara mudah.

Figura ini sering terpalit kontrovers­i dan kisah panas yang sentiasa menghantui dirinya.

Terbaru, namanya kembali panas berhubung isu penyebaran semula skandal video seks membabitka­nnya dengan Ariel.

Katanya, lebih baik dia berdiam diri daripada memberikan sebarang komen berhubung isu itu kerana enggan ia dipanjangk­an lagi.

“Saya tidak mahu komen. Jika saya beri kenyataan, nanti perkara itu akan diungkit-ungkit lagi,” katanya.

Ditanya adakah dia tertekan apabila kisah lampaunya kembali menjadi bualan hangat netizen,

Luna hanya menguntum senyuman dan menutup mulut.

Sementara itu, menerusi laporan sebuah portal Indonesia, Bangkapos. com, Luna menganggap apa yang berlaku dalam hidupnya adalah kisah lalu dan dia kini berusaha untuk melupakan serta menjalani apa yang ada di depannya.

“Saya sudah tidak peduli cerita lama. Saya mahu teruskan hidup. Kalau ada yang mahu membantu, alhamdulil­lh. Kalau tiada saya okey saja,” katanya.

Terdahulu, namanya dan Ariel yang ketika itu masih bergelar vokalis Peterpan menjadi perhatian apabila rakaman video yang dikatakan mirip mereka melakukan hubungan intim ‘bocor’ di laman maya pada 2010.

Perpisahan mereka mula dihidu media

Indonesia selepas Ariel muat naik foto dengan Reino

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia