Harian Metro

SHEEDA BELUM ‘ANGKAT KAKI’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan @ hmetro.com.my

Selepas menyanyika­n lagu popular berjudul Angkat Kaki yang sudah menjangkau usia 22 tahun, penyanyi Sheeda Dangdut akan tampil dengan lagu terbaru berjudul Angkat Tangan pula.

Sheeda, 54, berkata, Angkat Tangan ciptaan Junior manakala liriknya oleh Wan Ramada adalah kesinambun­gan daripada lagu yang dihasilkan oleh penyanyi Iwan.

Junior pula ialah adik kepada Iwan, manakala Wan Ramada anak Iwan.

“Ia membawa maksud saya kotakan apa yang dikata sebelum ini iaitu untuk melakukan perubahan dalam hidup. Angkat Tangan adalah gambaran diri saya sekarang yang sudah berhijab.

“Lagu ini ada simbolik yang mendalam mengenai perubahan yang dialami saya sekarang berbanding dulu.

“Lirik Angkat Tangan masih berkisarka­n mengenai cinta dan memang saya sengaja minta dihasilkan konsepnya sama dengan Angkat Kaki kerana peminat termasuk generasi baru kenal saya menerusi lagu ini,” katanya.

Menurut Sheeda, perubahan imej ini turut mendapat respons positif daripada peminat yang sudah lama mengikuti perkembang­an kariernya.

“Saya tak pernah berniat untuk bersara daripada bidang seni, tapi cuba melakukan perubahan ke arah yang lebih positif.

“Orang nak kecam atau tak suka itu biasalah kerana masing-masing ada pendapat sendiri.

Saya perlu terus menyanyi kerana ia sumber pendapatan saya sejak dulu.

“Saya ada tanggungja­wab terhadap keluarga dan minta peminat faham kenapa saya masih menyanyi. Kalau saya dah kaya, mungkin saya dah beralih arah buat benda lain,” katanya.

Kata Sheeda, dia kini cuba mencari sesuatu yang berbeza apabila menceburi bidang perniagaan menjual tudung pula.

“Saya namakannya Hijab Sheeda dan ia baru saja bermula. Ia adalah produk mampu milik dan sasaran saya ialah pelajar.

“Saya menyedari mereka tak mampu beli tudung yang mahal dan cuba hasilkan tudung yang agak murah, namun kualitinya tetap bagus.

“Setakat ini saya mendapat sokongan daripada kawan yang banyak memborong daripada saya,” katanya.

Dalam pada itu, selepas Bienda, Sheeda memperkena­lkan seorang lagi anaknya, Alin, 18, sebagai penyanyi.

“Alin minat menyanyi dan saya berikan sokongan kepadanya.

Dia ditampilka­n berduet dengan saya menerusi lagu Sakti.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia