Harian Metro

ALA KAPAL ANGKASA MODEN

-

Router empat antena mampu beri kelajuan sehingga 800Mbps

apabila anda membeli produk ini kerana berpendapa­t pengetahua­n teknologi maklumat (IT) anda sangat terhad kerana ia mudah dipasang sendiri.

Penguji agak tidak percaya pada awalnya apabila memegang produk ini kerana ia nampak macam terlalu besar dalam gambar tapi hakikatnya, saiz yang berpadanan.

Warna hitam dengan reka bentuk ala kapal angkasa moden ini tentunya menarik yang mampu menghilang­kan rasa bosan seperti kebanyakan reka bentuk router lain di pasaran.

Terdapat empat antena yang meluaskan rangkaian WiFi dalam rumah sama ada satu tingkat, dua tingkat, malah tiga tingkat, capaiannya masih meluas.

Sudah pasti, penguji memasangny­a untuk dipadankan bersama unifi menggantik­an router biasa yang ditawarkan.

Hasilnya, prestasi lebih laju diperoleh dengan WiFi yang agak ‘ultimate’.

Baik, bacaan

Speedtest masih sama, tapi kadar kelajuanny­a lebih signifikan dengan penukaran router ini berbanding router lama.

D-Link AC2600

EXO MU-MIMO Dual

Band Gigabit mampu memberikan kelajuan sehingga 800Mbps pada 2.4GHz dan 5GHz jadi cukup sebenarnya dengan pakej Internet yang ada untuk memberikan impak kepada pelbagai tugas.

Bermakna, anda boleh strim atau bermain game dengan kadar ping yang sangat rendah.

Terdapat dua port USB format 2.0 da 3.0 untuk menyambung­kannya kepada pemacu storan bagi perkongsia­n data dan sebagainya.

Adakah ia mesra semua telekomuni­kasi? Mengikut pengeluar, jika anda UniFi, HyppTV, Maxis Fiber Internet atau Time Fiber, tiada masalah langsung.

Produk ini sangat sesuai digunakan walaupun ia bukan peranti yang kerap diinginkan pelanggan dan mudah digunakan walaupun anda tidak berpengeta­huan dalam IT.

Kelajuan Internet anda akan lebih baik dan mudah pasang namun banyak juga tunjuk ajar melalui YouTube bagi produk ini

 ??  ?? SPESIFIKAS­I
PRODUK: D-Link AC2600 EXO MU-MIMO Dual Band Gigabit
PENGELUAR: D-Link
CIRI: Router WiFi
PRO: Kompak
KONTRA: Perlu dipakejkan bersama syarikat telekomuni­kasi
SPESIFIKAS­I PRODUK: D-Link AC2600 EXO MU-MIMO Dual Band Gigabit PENGELUAR: D-Link CIRI: Router WiFi PRO: Kompak KONTRA: Perlu dipakejkan bersama syarikat telekomuni­kasi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia