Harian Metro

WIFI PERLAHAN ATAU SANGKUT

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Perkhidmat­an jalur lebar yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan baik bagi memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan pengalaman melayari Internet yang dipertingk­atkan.

Namun, anda mungkin merasakan sambungan

WiFi perlahan atau sangkut ketika menonton, strim malah membuka laman sosial.

Terdapat beberapa faktor dan kemungkina­n besar ia datang dari isyarat router.

Oleh itu, uji dulu kepantasan boleh dilakukan menerusi WiFi dan ketika melakukan ujian terbabit, anda dinasihatk­an untuk menghentik­an sebarang aplikasi sampingan yang sedang menggunaka­n akses Internet anda bagi mendapatka­n keputusan yang paling tepat.

Selain itu, wujud beberapa faktor yang mempengaru­hi prestasi WiFi pengguna antaranya jarak di antara router WiFi

Jarak antara router dengan tempat anda layari Internet mempengaru­hi

prestasi WiFi

dan tempat anda melayari Internet.

Halangan seperti dinding tebal, cermin, kaca atau objek yang padu juga memberi kesan kepada isyarat WiFi dan untuk meminimumk­an gangguan isyarat terbabit jadi anda disyorkan untuk meletakkan router WiFi di kawasan terbuka.

Sila ambil maklum bahawa peranti elektronik, termasuk router WiFi juga tidak dapat berfungsi dengan efisien jika ia terlalu panas.

Oleh itu, pengguna dinasihatk­an untuk meletakkan router WiFi di kawasan terbuka dengan peredaran udara yang baik, serta tidak menindih peralatan jalur lebar di atas satu sama lain.

Selain itu, gangguan elektromag­met seperti ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk juga boleh mengganggu isyarat

WiFi anda. Pengguna dinasihatk­an untuk tidak berkongsi soket elektrik dan elakkan meletakkan router WiFi berdekatan perkakasan elektrik yang menghasilk­an gelombang elektromag­net.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia