Harian Metro

Dua fon Google

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Google melancarka­n dua model telefon, Google

Pixel 3 dan Pixel 3 XL yang mengalami perubahan berbanding model lama.

Pixel 3 mempunyai skrin 5.5 inci P-OLED 1080p manakala Pixel 3 XL 6.3 inci P-OLED 1440p. P-OLED hasil kerjasama LG,

Bagaimanap­un, Pixel 3 XL mempunyai ‘notch’ yang besar menempatka­n dwi kamera depan berbanding Pixel 3 tidak memilikiny­a.

Berdasarka­n kapasiti bateri, Pixel 3 mempunyai 2915mAh sementara Pixel 3 XL 3430mAh dan keduaduany­a kini datang dengan keupayaan cas tanpa wayar.

Kedua-duanya juga mempunyai pengecas pantas 18W dengan ciri bateri berasaskan AI. Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL masing-masing mempunyai resolusi 12.2MP f1.8 lengkap OIS, 1.4um pixels di samping turut dilengkapi AI dengan mod ‘Top Shot’, ‘Photobooth’, HDR+, ‘Super Res Zoom’, ‘Fused Video Stabilizat­ion’ dan ‘Night Sight’.

Meskipun terdapat kamera tunggal di belakang, lain pula di depan yangh datang dengan dua lensa 8MP sudut lebar 97 darjah bersama apertur f1.8 serta f2.2.

Pixel 3 dan Pixel 3 XL tidak mempunyai jek audio tetapi dilengkapi set adapter USB-C untuk menyambung­kannya ke adapter 3.5mm.

Ia dilengkapi pemprosesa­n Qualcomm Snapdragon 845 dengan RAM sama 4GB.

Terdapat dua jenis storan iaitu 64GB atau 128GB dan ia juga menepati piawaian IP68 yang kalis air.

Tiga warna ditawarkan iaitu merah jambu, hitam dan putih dengan harga bermula kira-kira RM3,400.

Malaysia tidak tersenarai untuk jualan fon ini tetapi Singapura menjadi negara terdekat jika mahu memilikiny­a.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia