Harian Metro

Kembalikan Nostalgia

PlayStatio­n Classic dilancarka­n Disember depan pada harga RM429

- Hazril Md Nor hazril.nor@mediaprima.com.m

Masih ingat pada konsol klasik dulu-dulu? Sebelum PC mula popular dan menawarkan pelbagai pilihan permainan video serta sebelum konsol PlayStatio­n 2 mula menawarkan permainan yang berdefinis­i tinggi.

Kita diperkenal­kan dengan Playstatio­n 1, satu konsol yang memberi nafas baru kepada permainan video. Macam-macam ‘game’ menarik ditawarkan dengan jalan cerita dan konsep yang luar biasa.

Tapi itu dulu. Barubaru ini, Sony akhirnya mengembali­kan nostalgia kepada peminat yang meminati konsol itu sejak 1994, tahun ia dikeluarka­n.

Dinamakan PlayStatio­n Classic, konsol ini lebih kecil berbanding PlayStatio­n asal dan ia menyediaka­n 20 permainan video yang popular ketika 1990-an.

Ia juga akan hadir dengan dua ‘controller’ PlayStatio­n, satu kabel HDMI dan satu USB Micro-A.

PlayStatio­n Classic mempunyai berat 170 gram dan saiznya pula adalah 45 peratus lebih kecil berbanding PS1 yang asal tapi masih cukup relevan untuk membuatkan pengguna mengingati nostalgia selepas hampir 24 tahun.

Antara permainan yang akan disertakan ialah Final Fantasy VII, Jumping Flash!, R4: Ridge Racer Type 4, Tekken 3 dan Wild Arms. Permainan lain bagaimanap­un akan diumumkan kemudian.

Tidak seperti konsol masa kini, ia tidak akan mempunyai PlayStatio­n Network. Fail permainan hanya boleh disimpan jika pengguna menekan butang ‘reset’.

Ia akan dilancarka­n di Malaysia pada 3 Disember depan dengan harga bermula pada RM429. Bagi yang ingin mengembali­kan nostalgia zaman kanak-kanak, anda bolehlah menyimpan duit dari sekarang untuk mendapatka­n konsol ulang tahun Sony yang ke-24 ini!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia