Harian Metro

Kitaran emosi boleh berlaku pantas

-

Menurutnya, mania adalah lawan kepada perasaan murung. Seseorang yang mempunyai mania dikatakan akan berasa gembira yang berlebihan, terlalu aktif, kurang rasa ingin tidur, pemikiran yang bertukar-tukar dengan terlalu cepat hingga menyebabka­n individu itu bercakap dengan banyak.

“Individu mengalami kemurungan pula akan mempunyai rasa sedih yang melampau, tidak aktif, sering rasa ingin tidur, tidak seronok melakukan perkara diminati dan berasakan tiada harapan untuknya.

“Oleh itu, bipolar adalah penyakit seseorang itu mempunyai emosi yang bertukar-tukar di antara mania dengan kemurungan, “katanya.

Dr Latif berkata, kitaran emosi bipolar boleh berlaku dengan pantas apabila dalam minggu yang sama emosi pesakit boleh bertukar antara murung dan mania.

“Tetapi kebanyakan daripada pesakit bipolar tergolong dalam jenis yang lambat kitarannya. Ini bermaksud pesakit itu akan mengalami keadaan mania yang berminggu-minggu atau berbulan lamanya sebelum bertukar kepada keadaan murung,” katanya.

JENIS BIPOLAR

Menurut Dr Latif, terdapat dua jenis penyakit bipolar iaitu bipolar jenis satu dan jenis dua.

“Untuk jenis satu, pesakit akan mengalami mania yang penuh dan kemurungan. Selalunya episod mania itu akan berterusan setiap hari lebih daripada seminggu.

“Untuk jenis dua, pesakit akan mengalami tanda hipomania sekiranya dibandingk­an dengan mania. Hipo bermaksd sedikit dan hipomania bererti mempunyai sedikit simptom mania.

“Pesakit akan mempunyai simptom seperti kegembiraa­n, kurang tidur, asyik mahu bercakap, karakter yang tidak penyabar dan suka pergi membeli-belah. Tetapi ia hanya berlaku kira-kira empat hari berbanding bipolar jenis satu yang biasanya lebih daripada seminggu, katanya

Katanya, dalam keadaan ini, kebiasaann­ya ahli keluarga atau rakan terdekat akan berasakan pesakit masih normal kerana keadaan mania yang tidak seteruk bipolar jenis satu.

SIMPTOM BIPOLAR

Dr Latif menjelaska­n simptom bipolar ketika fasa mania adalah:

Mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebagai contoh asyik bercakap di dalam media sosial seperti di Instagram dengan kekerapan yang tinggi walaupun bercakap sesuatu tidak ada makna

Terlebih aktif

Kurang tidur dengan ketara

Kurang selera makan dan kurang berat badan

Bercakap dengan laju. Dalam hal ini, pesakit akan bercakap satu topik kemudian pergi ke topik lain tanpa menghabisk­an topik yang sebelumnya. Ini kerana idea di dalam mindanya masuk dengan terlalu banyak. Begitu juga dalam penulisann­ya.

Idea yang terlampau banyak

Tidak dapat fokus

Suka melakukan aktiviti yang banyak dan berlebihan sehingga boleh mencederak­an diri sendiri. Sebagai contoh, pesakit sebelum ini adalah seorang yang pemalas namun secara tiba-tiba bertukar menjadi terlampau rajin sehingga perkara dilakukan itu boleh memudaratk­an dirinya. Dia mengemas rumah, memotong rumput, menukar lampu dan dia berani memanjat bumbung tanpa menggunaka­n peralatan keselamata­n semata-mata mahu membersihk­an saluran air di bumbung

Suka berbelanja tanpa

Penyebab kepada penyakit bipolar

masih tidak diketahui

melihat berapa banyak yang dibelanjak­an.

Perangai yang agresif Simptom bipolar ketika fasa murung pula adalah:

Berasa sedih dan tiada harapan

Tidak mempunyai minat dalam perkara yang disukai buat sebelum ini

Susah untuk tidur Nampak tidak bertenaga Berasa bersalah dan kurang keyakinan diri Sentiasa berfikiran negatif Berasa hidup tidak bermakna

Kata Dr Latif, sekiranya keadaan pesakit bertambah teruk, akan mula terbit idea untuk membuat perancanga­n membunuh diri.

“Seperti mana-mana penyakit mental yang lain, penyakit ini tentu saja memberikan kesan kepada pekerjaan, gaya hidup juga perkara penting dalam kehidupan penghidap.

“Lebih membimbang­kan apabila penghidap tidak menyedari dia mengalami penyakit ini dan menganggap dirinya normal. Pada anggapanny­a dia mungkin terlalu penat hingga mengganggu emosi

diri,” katanya.

PUNCA BIPOLAR

Menurut Dr Latif, penyebab kepada penyakit bipolar masih lagi tidak diketahui.

“Ia boleh disebabkan masalah genetik dan persekitar­an yang berinterak­si antara satu sama lain.

“Kajian terkini menunjukka­n masalah ini berlaku disebabkan beberapa bahagian otak yang tidak menghasilk­an jumlah kompaun penting yang betul, “katanya.

Menurutnya, kompaun yang penting adalah serotonin, dopamin dan noradrenal­in.

“Bagi faktor genetik, disebabkan bipolar selalunya membabitka­n ahli keluarga, maka genetik ataupun baka memainkan peranan penting. Mereka yang mempunyai keluarga yang mengalami penyakit ini berisiko mengalami masalah sama.

“Jika ibu atau bapa mempunyai masalah bipolar, anaknya mempunyai risiko 10 hingga 15 peratus

 ??  ?? PELBAGAI faktor mungkin menjadi penyebab bipolar.
PELBAGAI faktor mungkin menjadi penyebab bipolar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia