Harian Metro

‘PENGACAU’ RAWATAN KANSER

-

mengurangk­an kesan sampingan atau yang terdorong melakukan apa saja untuk berasa lebih baik di saat berperang melawan penyakit itu.

Menurut Pegawai Farmasi Bahagian Perkhidmat­an Farmasi Kementeria­n Kesihatan Malaysia,

Mohd Dziehan Mustapa, purata pesakit kanser yang menggunaka­n ubat alternatif dianggarka­n 31 peratus.

“Namun angka ini semakin meningkat sejak kebelakang­an ini yang menunjukka­n 65 peratus pesakit kanser menggunaka­n produk tambahan ketika menerima rawatan kemoterapi.

“Produk tambahan yang diperkatak­an ini selalunya berunsur herba dan tumbuhan semula jadi kerana ia seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat kini yang beranggapa­n sekiranya berunsurka­n semula jadi pasti ia selamat,” katanya.

Menurutnya, persepsi ini menyebabka­n segelintir pesakit memilih untuk tidak menerima rawatan kemoterapi di hospital kerana beranggapa­n ubat moden tidak selamat.

“Antara ubat yang digunakan dalam rawatan kemoterapi iaitu vincristin­e yang sebenarnya berasal daripada pokok periwinkle Madagascar.

“Pada asalnya pokok ini dikaji untuk manfaat secara tradisi yang digunakan dalam rawatan diabetes, namun kajian lanjut menunjukka­n bahan kimia aktif daripada tumbuhan ini mempunyai potensi untuk dijadikan ubat kanser,” katanya.

BERBINCANG DENGAN DOKTOR

Menurut Mohd Dziehan, majoriti pesakit yang mengambil produk tambahan tidak berbincang terlebih dulu dengan doktor yang merawat.

“Herba dan tumbuhan semula jadi secara zahirnya mempunyai bahan aktif yang boleh memberi kesan interaksi dengan rawatan ubat-ubatan kanser.

“Kesan interaksi bahan aktif dalam herba dan tumbuhan semula jadi ini boleh mempengaru­hi kadar serapan, edaran dalam tubuh, metabolism­e dan perkumuhan ubat kemoterapi.

“Interaksi ini boleh berlaku atas pelbagai sebab seperti gangguan pada peringkat enzim hati yang berfungsi menjalanka­n proses metabolism­e ubat atau berinterak­si dengan pembawa ubat dalam darah untuk melintasi sel,” katanya. Tambahnya, antara contoh herba yang boleh berinterak­si dengan ubat kemoterapi adalah St John’s Wort, ekstrak bawang putih dan Echinacea.

“Interaksi seperti ini boleh menyebabka­n paras ubat kemoterapi dalam darah berkurang dan ia boleh membawa kepada kegagalan rawatan. Selain itu, interaksi disebabkan kadar metabolism­e dan perkumuhan ubat yang terganggu boleh menahan ubat kemoterapi berada lebih lama dalam tubuh seterusnya mengakibat­kan kesan sampingan yang teruk.

“Malah, segelintir masyarakat berpendapa­t, penggunaan produk tambahan berbentuk antioksida­n dalam dos tinggi akan melindungi sel normal. Namun kajian praklinika­l dan klinikal menunjukka­n penggunaan produk tambahan antioksida­n dalam dos tinggi ini melindungi sel normal dan sel kanser itu sendiri,” katanya.

Justeru, Mohd Dziehan berkata, pesakit tidak digalakkan mengambil produk tambahan antioksida­n dalam dos tinggi ketika menjalani rawatan kemoterapi atau terapi radiasi kerana boleh menjejaska­n kesan terapeutik yang dikehendak­i.

“Malah, produk antioksida­n seperti vitamin E juga berpotensi mengganggu rawatan yang diberikan. Sebagai contoh, terapi radiasi dan sesetengah ubat kemoterapi berfungsi dengan menghasilk­an radikal bebas yang akan bertindak untuk memusnahka­n sel kanser. Oleh itu, kehadiran antioksida­n ini ia boleh menghalang fungsi atau kesan terapuetik rawatan atau ubat kemoterapi.

“Sehingga kini tiada bukti kukuh produk tambahan mampu merawat atau mencegah kanser namun ada bukti yang menunjukka­n pengambila­n buah-buahan dan sayursayur­an dalam kuantiti yang besar sebagai diet harian mampu mengurangk­an risiko kanser,” katanya.

Tambahnya, walaupun ahli profesiona­l kesihatan kini memberi amaran kepada pesakit untuk tidak menggunaka­n produk tambahan dengan rawatan kanser yang diberikan, penyelidik dalam bidang kanser menggunaka­n herba dan tumbuhan semula jadi mencari jalan meningkatk­an kesan ubat kemoterapi sedia ada.

“Jika anda pesakit kanser, bincang dengan doktor dan ahli farmasi yang merawat sebelum anda mengambil mana-mana ubat atau produk tambahan supaya ia tidak mengganggu rawatan kanser yang diberikan.

“Pesakit juga dinasihatk­an untuk memastikan semua produk kesihatan yang dibeli adalah berdaftar dengan KKM,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatk­an supaya berhati-hati ketika membeli produk perubatan terutama ubat-ubatan secara dalam talian.

Laman Portal Program Perkhidmat­an Farmasi

KKM turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaru­h dengan mana-mana iklan ubatan di Internet kerana ia mengundang bahaya.

Berikut adalah tip sebelum melakukan pembelian ubatan atas talian yang dikongsika­n Program Perkhidmat­an Farmasi:

Dapatkan nasihat daripada doktor atau pengamal perubatan bertauliah juga ahli farmasi sebelum membeli produk kesihatan.

Hanya membeli ubatubatan yang berdaftar dengan KKM.

Hanya dapatkan ubat melalui laman web yang dikendalik­an ahli farmasi berlesen.

Elak membeli ubat daripada laman web luar negara.

Pastikan iklan ubat mempunyai nombor kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

•Jangan

terpedaya dengan iklan dan janji manis terutama membabitka­n penyakit kronik seperti kanser.

 ??  ?? LAKUKAN perbincang­an
dengan doktor.
LAKUKAN perbincang­an dengan doktor.
 ??  ?? BERHATI-hati dengan ubat yang dibeli secara atas talian.
BERHATI-hati dengan ubat yang dibeli secara atas talian.
 ??  ?? MOHD Dziehan
MOHD Dziehan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia