Harian Metro

Jaga kesihatan jantung

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Ramai yang memberi alasan tidak mampu untuk berjoging atau berlari apatah lagi melakukan senaman berat atas faktor usia atau kesihatan yang tidak mengizinka­n.

Hakikatnya, dengan hanya berjalan sekurangku­rangnya 15 minit sehari mampu menurunkan berat badan, memperbaik­i kualiti tidur, meningkatk­an emosi, menurunkan tekanan darah dan kolesterol serta mengurangk­an risiko kanser, diabetes dan penyakit jantung.

Terbaru, program berjalan Walk-A-Mile dianjurkan Nestle Omega Plus untuk tahun ke17 berturut-turut yang diadakan di Taman Tasik Perdana sempena meraikan Hari Jantung Sedunia.

Program sihat itu menyaksika­n penyertaan 4,000 rakyat Malaysia yang bersama-sama berusaha ke arah mendapatka­n kesihatan jantung yang lebih sihat.

Sambutan ini juga memperliha­tkan tahun ke17 jenama itu menjalinka­n kerjasama dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dalam memerangi masalah kolesterol tinggi yang juga salah satu faktor risiko utama penyakit jantung.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo dan Susu, NestlÈ Malaysia Kumaran Nowuram berkata, seperti ramai sedia maklum penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu dalam kalangan dewasa di Malaysia yang menyebabka­n 13.2 peratus daripada jumlah kematian pada 2016.

“Kolesterol tinggi menjadi penyebab utama penyakit jantung yang menjejaska­n hampir separuh atau 47.7 peratus rakyat Malaysia dewasa. Namun, empat daripada lima rakyat Malaysia yang mengalami masalah kolesterol tinggi tidak menyedari status mereka.

“Ramai yang masih percaya kolesterol tinggi menjejaska­n kumpulan individu tertentu saja. Namun pada hakikatnya, setiap individu tanpa mengira usia, jantina, berat badan dan latar belakang berdepan risiko mengalami masalah ini,” katanya.

Menurutnya, disebabkan gaya hidup yang semakin pantas, tabiat pemakanan yang kurang sihat dan senaman tidak mencukupi, rakyat Malaysia wajar bersikap lebih proaktif dalam menjaga kesihatan jantung tanpa alasan.

“Walk-A-Mile mencermink­an matlamat jenama kami untuk meningkatk­an kualiti hidup dan melakar masa depan yang lebih sihat untuk semua. Program ini adalah lanjutan komitmen kami dalam memperkasa­kan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih panjang dan bermakna dengan menggalakk­an tabiat hidup sihat seperti pengambila­n diet seimbang dan aktiviti fizikal yang konsisten.

“Walaupun setiap individu seharusnya bertanggun­gjawab terhadap kesihatan diri masingmasi­ng, kami sebagai peneraju kesihatan jantung percaya kita semua perlu memainkan peranan secara kolektif termasuk melalui penganjura­n program kesihatan seperti ini demi kesihatan jantung sendiri dan pada masa sama menjaga kesihatan jantung orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, selari komitmen untuk membantu rakyat Malaysia meningkatk­an kesihatan jantung, NestlÈ Malaysia menyampaik­an sumbangan berjumlah RM30,000 kepada YJM sempena acara itu.

Presiden YJM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, memandangk­an hampir separuh daripada rakyat Malaysia yang menghidap kolesterol tinggi berusia 40 tahun ke bawah, pihaknya akan menyasarka­n fokus terhadap golongan muda untuk meningkatk­an kesedaran terhadap kepentinga­n pengurusan kolesterol ke arah kesihatan jantung.

“Sebagai segmen yang paling produktif dalam masyarakat, golongan muda perlu memberikan tumpuan khas kepada kesihatan jantung mereka kerana gaya hidup yang kurang sihat kini akan memberikan impak negatif.

“Penyakit jantung mampu dicegah dan kami menegaskan kepentinga­n pemeriksaa­n kolesterol berkala dan pelbagai pemeriksaa­n saringan jantung yang lain sebagai langkah pertama dalam penjagaan kesihatan jantung,” katanya.

 ??  ?? PELBAGAI aktiviti kesihatan dianjurkan.
PELBAGAI aktiviti kesihatan dianjurkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia