Harian Metro

Kisah wira diberi suntikan komedi

-

Melihatkan pada judulnya, kita sudah dapat membayangk­an filem Hero The Movie menggambar­kan kisah wira yang menyumbang bakti kepada masyarakat.

Dalam filem ini, kerjaya anggota bomba dan penyelamat menjadi subjek utama penerbit NS Star Sdn Bhd untuk filem sulung terbitan mereka ini.

Secara kebetulan juga, kita dikejutkan dengan tragedi enam anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang terkorban ketika operasi mencari seorang remaja lemas di lombong di Puchong, baru-baru ini dan ia menyuntik kesedaran masyarakat terhadap kerjaya yang penuh cabaran ini.

Azizi ‘Chunk’ Adnan yang pernah mengarah filem Antoo Fighter: Amukan Drakulat! dan Kapoww!!

Atoi The Ajaib Boy!! diberikan tanggungja­wab besar mengarahka­n

Hero The Movie yang membariska­n pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Shaharuddi­n Thamby, Hisyam Hamid,

Bell Ngasri, Mark Adam, Elisya Sandha, Tash Yong dan Syafiq Farhain ini.

Azizi berkata, Hero The Movie dihasilkan bukan untuk sekadar hiburan semata-mata, tetapi turut mengandung­i dakwah dan ada objektif tersendiri.

“Setiap filem saya ada mesej tersendiri termasuk dua filem terdahulu. Ada sesuatu yang saya tampilkan tapi orang kita sebenarnya malas nak berfikir.

“Darling Ngasri mencari seorang yang boleh buat cerita komedi dan tawarkan peluang ini dan saya bersetuju. Cuma cabarannya saya kena buat cerita berkisar kerjaya anggota bomba.

“Apabila membabitka­n pasukan beruniform, dia ada banyak SOP (prosedur operasi standard), protokol dan banyak lagi. Itulah cabaran dan saya kena banyak buat rujukan,” katanya.

Menurutnya, skrip filem ini dihasilkan sendiri dengan mendapatka­n nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat agar tidak menyimpang daripada kerjaya sebenar mereka.

“Selalunya cerita saya ada konsep humor. Dalam filem ini juga ditonjolka­n konsep itu sikit-sikit tapi disaluti dengan mesej dakwah dan kemanusiaa­n.

“Ia sebenarnya cerita berat, tapi saya cuba sampaikan dalam bentuk ‘comical’ supaya orang tak ‘stress’ menonton. Ikutkan isi yang disampaika­n agak berat. Ini cerita saya yang paling asli. Ia adalah kisah anggota bomba Malaysia dan inti ceritanya sangat dekat dengan kita seperti kebakaran pusat tahfiz,” katanya.

Azizi mengakui beruntung bekerjasam­a dengan pihak bomba kerana mereka banyak memberi nasihat dalam hal keselamata­n ketika di lokasi.

“Mereka bagi tip untuk mengelak sebarang perkara yang tak diingini. Dalam filem ini ada babak letupan serta kebakaran dan setakat ini tiada kemalangan dialami.

“Saya akui ketika penggambar­an berjalan, hati tersentuh dengan tragedi yang menimpa enam anggota bomba. Sudah seminggu kami menjalani penggambar­an di balai bomba dan melihat setiap pagi dan malam mereka akan memula serta menutup hari dengan berdoa. Jabatan Bomba dan Penyelamat adalah satu pasukan berbeza,” katanya.

Walaupun banyak membariska­n pelakon baru, Azizi ‘enjoy’ kerana mereka mudah diajar dan tidak kuat melawan.

“Mereka mendengar kata berbanding pelakon

 ??  ?? ANTARA babak dalam
filem ini.
ANTARA babak dalam filem ini.
 ??  ?? HISYAM, Mark dan Bell berikan lakonan mantap.
HISYAM, Mark dan Bell berikan lakonan mantap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia