Harian Metro

Pamer diri serba sempurna

-

Artis ini selalu menunjukka­n dirinya seolah-olah dia seorang yang sempurna dalam media sosial.

Setiap perkara dilakukann­ya pasti dikongsi di media sosial seperti mahu minta pujian daripada pengikutny­a.

Di mata umum, dia mahu memaparkan kehidupann­ya yang cukup indah, mewah dan bijak dalam semua perkara.

Namun, dia tak sedar dalam ketaasuban berkongsi kehidupan seharianny­a di media sosial, ada pengikut mendapati dia cakap tidak serupa bikin.

SS difahamkan artis ini pernah ‘gebang’ dia seorang pembersih dan pantang melihat kalau keadaan rumah tidak terurus.

Bagaimanap­un, ada pengikutny­a terperasan sekeping gambar dimuat naik artis terbabit menunjukka­n bekas pasir kucing peliharaan­nya dipenuhi najis!

Kalau seketul dua, boleh katakan dia belum ada masa untuk bersihkan bekas itu.

Sesiapa yang ternampak gambar terbabit pasti tahu bekas itu sudah beberapa hari dibiarkan.

Sebagai manusia, tiada yang sempurna di dunia. Kadang-kadang pasti datang sikap malas.

Namun, jangan sering bercakap besar dan menunjuk-nunjuk di media sosial.

SS: Ramai gadis cantik tetapi rumah bersepah teruk. Sekarang ramai pelakon mahu cuba nasib menyanyi. Begitu juga dengan seorang pelakon ini.

SS kurang pasti sama ada suaranya sedap kerana belum dengar dia menyanyi mana-mana lagu ‘cover’.

Tak salah mahu cuba bakat baru, namun sebelum itu ubah dulu perangai buruk.

SS berkata demikian kerana mendengar gosip kurang enak mengatakan pelakon ini bersikap kurang ajar ketika cuba ‘melobikan’ diri dengan pihak pengurusan sebuah syarikat rakaman.

Khabarnya, dia ada bertanyaka­n pihak berkaitan sekiranya berminat mengambil dia di bawah syarikat terbabit.

Namun, hanya kerana individu itu lambat memberi jawapan menerusi kiriman mesej, dia dikatakan menghantar kandungan mesej berbaur kurang ajar.

Terkejut juga individu terbabit membaca mesej seperti itu, langsung tiada perasaan hormat.

Mujur juga syarikat terbabit tidak mengambil pelakon itu kerana pasti pening mengendali­kan pelbagai kontrovers­i panas yang melandanya.

SS tahu pelakon itu teringin kembali dalam industri seni sebagaiman­a namanya naik suatu ketika dulu.

SS harap dia berubah diri dulu dan kembali ke pangkal jalan kalau mahu berjaya.

SS: Apa guna cantik, bergaya tetapi perangai teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia