Harian Metro

Turner sukar terima hakikat

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kisah Game of Thrones bakal berakhir tahun depan

Peminat Game of Thrones (GOT) perlu menunggu sehingga tahun depan untuk mengetahui kesudahan siri popular terbitan HBO itu.

Sejak musim ketujuh GOT tamat Ogos tahun lalu, pelbagai spekulasi dan teori timbul.

Baru-baru ini, bintang GOT, Sophie Turner ‘membocorka­n’ sedikit maklumat mengenai perkembang­an wataknya, Sansa Stark dalam musim depan.

Menurut pelakon berusia 22 tahun itu, Sansa bakal berdepan pelbagai ancaman.

Malah, dia turut mendedahka­n wanita itu akan muncul sebagai wira dan berjuang untuk haknya.

“Sansa tahu apa yang dia mahu. Dia tahu pendiriann­ya dan tahu siapa yang patut berada di sekeliling­nya.

“Disebabkan itu, dia berdepan ancaman. Namun, kita tunggu perkembang­an seterusnya,” katanya.

Dalam temu bual berasingan dengan Gold Derby, Turner berkata, Sansa mempunyai ciriciri seorang pahlawan.

“Saya sering mempunyai perasaan yang Sansa belajar dan cuba menyesuaik­an diri. Sehingga di satu tahap, dia menggunaka­n kelebihan itu untuk menjadi pahlawan.

“Ketika itu, saya dapat rasa kepuasan dan gembira terhadap plot cerita yang dikembangk­an untuknya,” katanya.

Sementara itu, Turner mengakui masih sukar menerima hakikat

GOT akan mengakhiri kisahnya tahun depan.

“Masih susah untuk saya terima siri ini bakal tamat. Ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia