Harian Metro

JKM jejak waris

-

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai mengesan ibu bapa kandung mahupun waris empat bayi, lima kanak-kanak dan dua remaja.

Ia bagi tujuan perancanga­n penempatan semula dan kebajikan golongan itu termasuk proses pendaftara­n lewat sijil kelahiran mereka.

JKM dalam kenyataann­ya berkata, mahkamah akan membuat keputusan penempatan semula mereka berdasarka­n peruntukan Seksyen 15 (3) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi kes pertama, JKM Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur memaklumka­n bayi perempuan berusia dua bulan ditemui orang awam di atas jejantas Jalan Sultan Ismail menghala ke Sungei Wang Plaza pada 8 September lalu.

“Kes kedua pula membabitka­n bayi dikenali sebagai Muhammad Adam Rizqi Abdul Rahman berusia dua bulan yang dirujuk Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras pada 28 Ogos lalu.

“JKM mencari ibu kandung bayi dikenali Nurul Ain Amelea Abdul Halim atau warisnya,” katanya.

Menurutnya, kes ketiga pula membabitka­n Muhammad Syawal berusia empat bulan yang diserahkan kepada seorang wanita untuk penjagaan sementara ketika ibu kandungnya memberikan alasan ke klinik sebelum menghilang­kan diri.

“Kes sama turut menimpa kanak-kanak berusia tiga tahun, Nazatul Aleesya apabila ibu kandungnya dikenali sebagai Ida menyerahka­nnya kepada Maeh Teh Sama pada 14 Januari 2016 di Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibah.

“Kita meminta waris Nur Atikah, 7, yang dilahirkan di Klinik Mesra, Batu Caves, Selangor pada 12 Oktober 2011 dan Adilah, 16, yang tiada dokumen pengenalan diri,” katanya.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Klang turut mengemukak­an kes sama membabitka­n bayi lelaki berusia empat bulan dan remaja berusia 16 tahun.

“Kami mengesan waris Ina Ami Basir, 16, yang dirujuk kepada Pelindung Kanak-kanak oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas dimasukkan ke wad akibat sakit perut.

Kenyataan itu juga memaklumka­n Pejabat Kebajikan Masyarakat Subang Jaya mengesan waris tiga kanak-kanak.

“Kami menerima rujukan kes daripada pengasuh memaklumka­n Siti Zulaikha, 7, dan Nur Jannah, 6, diabaikan ibu bapa kandung mereka.

“Kami juga sedang mengesan seorang wanita warga Nigeria bernama Nomamidobo Cynthi Eki yang melahirkan Paul di Hospital Serdang pada 13 Disember 2016,” katanya.

Orang ramai boleh menghubung­i JKM Kuala Lumpur di talian 03-26124123/ 03-26124000, Pejabat Kebajikan Masyarakat Klang (03-33413703 / 3913) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Subang Jaya (03-56349095 /3095).

 ??  ?? PAUL
NUR Jannah
SITI Zulaikha
PAUL NUR Jannah SITI Zulaikha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia