Harian Metro

Pasangan bergeliga

- Cnews@nstp.com.my

„ Bangun tanah 0.4 hektar keliling rumah jana pendapatan lumayan

Berbekalka­n modal hanya RM5,000, suami isteri menjana pendapatan empat angka sebulan dengan menjadikan tanah lapang seluas 0.4 hektar di sekeliling rumahnya di Kampung Temigol, dekat sini sebagai Kem Kembara Alam Sekitar sejak setahun lalu.

Kem yang mampu menempatka­n hingga 150 individu atau 25 khemah pada satu masa itu menjanjika­n pelbagai pengalaman dan pembelajar­an kepada peserta khususnya pelajar yang ingin membuat kajian mengenai flora dan fauna di sekitar kawasan berdekatan.

Silaiman Mirzaman, 53, berkata, dia dan isterinya, Juliah Sabri, 36, mendapat ilham menyediaka­n tapak kem itu selepas melihat kemudahan riadah yang terdapat di sekeliling kampung termasuk kawasan hutan berdekatan.

Katanya, antara aktiviti disediakan adalah mengenai proses menanam padi melalui praktikal di sawah, selain membuat orang-orang (patung diperbuat daripada jerami dan lalang untuk menghalau burung).

“Aktiviti lain yang diadakan termasukla­h lawatan ke lokasi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Kampung Temigol dan Sri Lukut, selain merentasi hutan di kawasan rekreasi, menyusuri Sungai Temigol serta latihan ikhtiar hidup.

“Pada waktu malam pula, peserta dapat melihat keindahan kulat yang menyala di tepi hutan di Kampung Temigol, selain membuat unggun api dan memancing ikan di tali air berdekatan tapak perkhemaha­n,” katanya.

Menurutnya, selain pelajar sekolah dan universiti, kem terbabit turut menjadi tumpuan persatuan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta untuk mengadakan pelbagai program.

“Bagi melancarka­n perjalanan aktiviti dan keselamata­n peserta, pihak kami menyediaka­n fasilitato­r terlatih mengikut keperluan atau jumlah individu yang terbabit terutama dalam aktiviti membabitka­n kawasan hutan dan sungai,” katanya.

Silaiman berkata, antara waktu tumpuan tapak perkhemaha­n yang disediakan­nya adalah pada Mei, Jun, September hingga November, selain cuti hujung minggu terutama apabila tiba musim buah seperti durian dan rambutan.

 ?? FOTO: ADNAN IBRAHIM ?? SEBAHAGIAN aktiviti disediakan untuk peserta yang mengikuti program di Kem Kembara Alam Sekitar di Kampung Temigol.
FOTO: ADNAN IBRAHIM SEBAHAGIAN aktiviti disediakan untuk peserta yang mengikuti program di Kem Kembara Alam Sekitar di Kampung Temigol.
 ??  ??
 ??  ?? KEINDAHAN alam semula jadi pasti memukau peserta program.
KEINDAHAN alam semula jadi pasti memukau peserta program.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia