Harian Metro

Gembira nama bersih

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@nstp.com.my

„ Bekas Pengarah KEMAS Selangor dilepas, bebas rasuah

“Saya anggap ini ujian Allah supaya mendekatka­n diri dengan Tuhan dan kini berasa tenang serta dapat membersihk­an kembali nama saya di mana akhirnya kebenaran telah tiba,” kata bekas Pengarah Bahagian Pembanguna­n Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor, Mohd Adnan Md Daud, 55.

Dia yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram tiga tahun lalu dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam selepas pihak pembelaan berjaya membangkit­kan keraguan munasabah.

Mohd Adnan berkata, beliau bersyukur dengan keputusan itu selepas terpaksa turun naik mahkamah sepanjang perbicaraa­n, malah pada awalnya mengalami tekanan apabila kawan menjauhkan diri.

Menurutnya, mungkin juga dia ada silap sebelum ini kerana terlalu menumpu pada kehidupan dunia, namun selepas diuji sebegini, dirinya kini semakin dekat dengan Allah.

“Terima kasih kepada kawan dan saudara-mara yang sentiasa memberi sokongan kerana tanpa sokongan mereka mungkin saya akan berasa kecewa.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana saya menganggap mereka hanya menjalanka­n kerja dan juga kepada mahkamah kerana mengadili kes ini sebaiknya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Alor Setar di sini, semalam.

Malah ketika keluar dari mahkamah selepas selesai keputusan dibacakan, Mohd Adnan kelihatan sebak dan berpelukan dengan ahli keluarga.

Terdahulu, Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan dan hujah pihak pendakwaan dan pembelaan serta mendapati pihak pembelaan berjaya membangkit­kan keraguan munasabah.

 ??  ?? MOHD Adnan (kiri) dibebaskan Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.
MOHD Adnan (kiri) dibebaskan Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia