Harian Metro

Raja Kamarul Bahrin fail nusyuz terhadap Noryn

-

Kuala Terengganu: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya yang juga penyanyi, Noryn Aziz.

Tuntutan itu difailkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Julai lalu.

Bagaimanap­un, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie Norhakimah Awang, semalam.

Pada prosiding itu, Raja Kamarul Bahrin diwakili peguamnya, Zulkifli Yong dari Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co manakala tiada wakil hadir bagi pihak Noryn atau nama penuhnya, Norazmahwa­ti Abd Aziz.

Norhakimah kemudian menetapkan 18 Disember depan untuk perbicaraa­n kes berkenaan.

Tuntutan nusyuz itu difailkan Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Amanah Terengganu terhadap Noryn selepas wanita itu memilih membawa haluan hidup sendiri.

Kes rumah tangga pasangan berkenaan dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, sejak 2017.

Sementara itu, Raja Kamarul Bahrin ketika dihubungi NSTP memohon semua pihak tidak mensensasi­kan kes berkenaan serta menghormat­i ruang privasinya dan Noryn.

“Saya cuma minta anda semua doakan yang baik-baik untuk kami.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai kami dan anak yang masih kecil,” katanya.

Sebelum ini, desas-desus rumah tangga pasangan itu mengundang tanda tanya selepas mereka dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

 ??  ?? NORYN Aziz
NORYN Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia