Harian Metro

Bapa tiri dijel 29 tahun, 20 sebatan

-

Petaling Jaya: Seorang bapa dijatuhi hukuman 29 tahun penjara dengan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan merogol anak tirinya sejak empat tahun lalu.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhka­n hukuman itu terhadap lelaki berusia 51 tahun itu selepas dia mengaku bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan terhadapny­a dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh yang memakai baju hitam itu tunduk sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh dan berkata ‘ya...salah’ ketika pengakuann­ya diambil.

Bagi pertuduhan merogol, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 14 tahun dengan 12 sebatan manakala 15 tahun penjara serta lapan kali sebatan bagi kesalahan sumbang mahram.

Mahkamah memerintah­kan bapa tiga anak itu menjalani hukuman penjara berkenaan secara berasingan dan bermula dari tarikh tangkapnya pada 1 Oktober lalu. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang bekerja sebagai penjaga stor itu didakwa merogol remaja perempuan yang berusia 19 tahun manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan sumbang mahram dengan mangsa sama yang ketika kejadian berusia 15 tahun.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, dekat sini, antara 2014 hingga 26 Ogos lalu.

Bagi kesalahan rogol, dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum manakala sumbang mahram pula mengikut Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor tertuduh sebagai ketua keluarga seharusnya melindungi mangsa, bukan merosakkan masa depannya.

“Kes ini adalah kes paling jijik yang pernah saya kendalikan dan berdasarka­n fakta kes yang dibaca, mahkamah juga tidak dapat mengira berapa kali perbuatan itu dilakukan tertuduh terhadap mangsa,” katanya.

Seremban: Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agus Suyub semalam, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana mengacau ganggu pentadbira­n keadilan.

Hakim Mahkamah Khas Pilihan Raya, Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi, Daing Muhamad Rahimi dan Amino.

Dalam penghakima­nnya, perbuatan Amino menghantar pesanan melalui WhatsApp kepada Daing sehari sebelum memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah adalah perbuatan yang serius dan menghina mahkamah.

Pada 28 April lalu, Daing adalah Penolong Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Rembau pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam pesanan WhatsApp yang dihantar melalui talian peribadi Amino berbunyi, “As Salam.. Lepas ni kau akan jadi saksi… hati-hati...teruk den (saya) kono (kena) soal dalam court (mahkamah)... lebih baik cakap tak tau...”

Sementara itu, Amino dalam hujahan pembelaann­ya berkata, WhatsApp itu dihantar sebagai luahan perasaan saja dan tidak berniat mengajar Daing bagaimana untuk memberi keterangan di mahkamah serta selain mendakwa tidak tahu bahawa beliau tidak boleh berhubung dengan saksi lain ketika prosiding kes.

Hakim Azimah bagaimanap­un berkata, Amino dengan penuh pengetahua­n tahu Daing akan menjadi saksi pada 4 Oktober iaitu sehari selepas WhatsApp itu dihantar.

 ??  ?? AMINO keluar dari Mahkamah Khas Pilihan Raya, semalam.
AMINO keluar dari Mahkamah Khas Pilihan Raya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia