Harian Metro

Norhizam kesal keterlanju­ran kata Mohon maaf isu ‘naik suara’

- Fairuz Zaidan fairuzaida­n@nstp.com.my

Melaka: “Saya mohon maaf terhadap kekasaran bahasa dan keterlanju­ran kata pada kejadian, semalam (kelmarin),” kata Exco Pertanian, Pembanguna­n Usahawan dan Industri Asas Tani negeri Norhizam Hassan Baktee.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, yang mencetuska­n kemarahan orang ramai berhubung isu video ‘naik suara’ terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong, Pengkalan Batu, di sini, yang viral kelmarin, tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapann­ya yang bertindak mengikut emosi.

Norhizam berkata, dia sedar insiden yang viral di media sosial memberi imej negatif kepada dirinya sebagai wakil rakyat dan kerajaan yang diwakili.

“Sebagai ADUN, saya mempunyai tanggungja­wab untuk memastikan kebajikan dan kesejahter­aan penduduk terutama rakyat di kawasan saya.

“Justeru, saya akan berusaha perbaiki kelemahan dalam aspek komunikasi apabila berdepan situasi seperti ini,” katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama kira-kira 10 penduduk Kampung Pulau Nibong anjuran DAP negeri di Seri Negeri di sini, semalam.

Pertemuan hampir sejam itu menyaksika­n Norhizam yang juga Timbalan Pengerusi DAP negeri dan penduduk saling memohon maaf dan bersalaman.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Tey Kok Kiew, Setiausaha DAP negeri, Khoo Poay Tiong dan wakil penduduk yang viral dalam video berkenaan, Md Derus Tompang, 58.

Sementara itu, Poay Tiong berkata, DAP negeri kesal dan turut membuat permohonan maaf selepas mengakui cara dan pertuturan kasar oleh wakil rakyat terbabit.

“Saya menerima baik teguran dan nasihat disampaika­n rakyat dan akan memperbaik­i segala kelemahan (wakil rakyat) daripada parti

kami,” katanya.

Kerajaan Melaka kesal dan memohon maaf berhubung isu video ‘naik suara’ membabitka­n seorang Exco kerajaan negeri bersama penduduk di Kampung Pulau Nibong, di sini, kelmarin sehingga menjadi viral di media sosial.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya mengambil maklum kekurangan pengalaman Exco Pertanian, Pembanguna­n Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee dalam menangani isu itu yang turut dibincangk­an dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Tey Kok Kiew diarahkan melihat kembali permasalah­an yang dibangkitk­an penduduk kampung terbabit menerusi perbincang­an lanjut antara pihak berkuasa tempatan (PBT), penduduk taman dan kampung.

“Sebab itu kerajaan negeri komited membawakan usul penubuhan Jawatankua­sa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertangg­ungjawaban dan Ketelusan Melaka (MELCAT) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), November ini.

“Melalui penubuhann­ya (MELCAT), ia dapat menilai segala amalan membabitka­n kecekapan, ketelusan dan kebertangg­ungjawaban semua penjawat awam termasuk wakil rakyat, Exco sehinggala­h Ketua Menteri.

“Kita percaya, MELCAT dapat menjadi garis panduan seterusnya meningkatk­an kemahiran pengetahua­n untuk menyelesai­kan segala isu dan permasalah­an rakyat,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri.

Mengulas mengenai video itu, Adly berkata, Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan

Batu antara wakil rakyat yang rajin turun padang menangani permasalah­an rakyat di negeri ini.

“Yang

(Norhizam) Berhormat ada ke(buah sungguhan besar. Cuma dalam isu video ini, penggunaan bahasa digunakan tidak sesuai.

“Walaupun dalam provokasi, sebagai pemimpin kita kena tunjuk contoh terbaik termasuk bahasa digunakan kepada masyarakat,” katanya.

Video Norhizam ‘naik suara’ terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong yang viral di media sosial terus mendapat kecaman daripada netizen kerana disifatkan sebagai tidak profesiona­l dan terlalu beremosi dalam menangani masalah rakyat.

„ Kerajaan Melaka arah lihat kembali masalah penduduk untuk capai kata sepakat

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia