Harian Metro

Tiada laporan PAS terima wang 1MDB

-

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti terlebih dulu jika ada laporan berhubung dakwaan mengatakan PAS menerima wang berjumlah RM1.5 juta milik 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) daripada UMNO.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, penelitian perlu dibuat sama ada kes berkenaan membabitka­n kesalahan rasuah atau jenayah.

“Setakat ini, tiada siasatan dijalankan kerana saya tidak pasti sama ada laporan sudah dibuat atau sebaliknya. Kita perlu melihat laporan itu terlebih dulu.

“Jika berunsurka­n rasuah, sudah semestinya ia perlu dirujuk kepada SPRM (Suruhanjay­a

Pencegahan Rasuah Malaysia). Jika unsur jenayah lain, kami akan jalankan siasatan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Forum Perdana Undang-Undang Pencegahan Keselamata­n Negara vs Hak Asasi di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Terdahulu, Pemuda

Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu mendesak siasatan segera berhubung penyebaran salinan transaksi pemindahan wang daripada UMNO kepada PAS.

Pengarah Komunikasi­nya, Muammar Qaddafi Nasir dilaporkan berkata, pihaknya membuat laporan polis mendesak siasatan segera selepas tersebarny­a salinan transaksi pemindahan wang RM1.5 juta daripada pegawai khas bendahari UMNO kepada Tabung Pembanguna­n Jawatankua­sa Jabatan Pembanguna­n PAS Pusat (JPP) dan RM1 juta kepada Shukrimun Shamsudin serta dua penama.

Beliau dilaporkan berkata, siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti sumber dana yang dibimbangi adalah wang 1MDB yang diseleweng­kan.

 ??  ?? NOOR Rashid
NOOR Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia