Harian Metro

‘Cukuplah dua sudah pergi...’

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@nstp.com.my

“Saya sanggup berkorban apa saja, asalkan anak yang menghidap penyakit buah pinggang tahap lima sembuh.

“Saya sudah hilang dua anak disebabkan penyakit sama, saya tak sanggup kehilangan dia,” kata Hazaipah Yusoff, 47, ibu kepada Mohd Haris Iqram Ab Rahim, 10, yang menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Anak ke-10 daripada 11 beradik itu disahkan menghidap penyakit terbabit, Februari lalu selepas kerap sakit.

Sejak itu, Hazaipah berkata, dia membawa anaknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini untuk rawatan selain menjalani hemodialis­is di rumah.

Katanya, dia bersama keluargany­a yang tinggal di Kampung Gosong, Machang akan bergilir mencuci buah pinggang anaknya.

“Bagi rawatan cuci buah pinggang, sepatutnya dijalankan di dalam bilik khas yang mengikut spesifikas­i pihak hospital kerana perlu bersih, namun hingga kini kami tidak dapat memenuhi keperluan ini kerana tiada wang.

“Bilik khas ini sudah dibina oleh penderma, namun masih tidak lengkap kerana tiada wang dan memerlukan kos lebih RM6,000 bagi membeli katil, tilam, penapis air dan kelengkapa­n perubatan,” katanya di sini, semalam.

Hazaipah berkata, dia bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Machang, manakala suaminya, Ab Rahim Saari, 57, bekerja sebagai pembantu gerai jual ayam.

Ibu kepada 11 anak itu berkata, dua anaknya Mohd Hafis, 29, dan Nor Azwa Idayu, 21, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang masing-masing ketika berusia 10 dan 14 tahun pada 1999 dan 2011.

“Saya tidak mahu sejarah berulang dan berharap Mohd Haris Iqram sembuh seperti biasa.

„ Wanita sanggup berkorban demi anak hidap penyakit buah pinggang tahap lima sembuh

“Akibat sering sakit, persekolah­an anak terjejas apabila hanya dapat hadir dalam tempoh dua atau tiga hari saja sebulan,” katanya.

Hazaipah berkata, dia berharap anaknya itu kembali sembuh dan dapat meneruskan persekolah­an seperti biasa.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 0304502220­1623 atas nama Hazaipah Yusoff.

Terdahulu, Kelab Kebajikan dan Sukarelawa­n Sosial (KELSS) yang diketuai Ketua Unit Komunikasi dan Medianya, Akidi Hamid mengunjung­i keluarga berkenaan dan menyampaik­an sumbangan wang tunai serta barangan keperluan.

 ?? Hazaipah ?? Akibat sering sakit, persekolah­an anak terjejas dan hanya dapat hadir dalam tempoh dua atau tiga hari sebulan. Saya tidak mahu sejarah berulang” HAZAIPAH melihat Mohd Haris yang menghidap penyakit buah pinggang kronik di rumahnya di Kampung Gosong, Machang.
Hazaipah Akibat sering sakit, persekolah­an anak terjejas dan hanya dapat hadir dalam tempoh dua atau tiga hari sebulan. Saya tidak mahu sejarah berulang” HAZAIPAH melihat Mohd Haris yang menghidap penyakit buah pinggang kronik di rumahnya di Kampung Gosong, Machang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia