Harian Metro

Genggam PhD, tiga sarjana dalam kepayahan

-

Kuala Lumpur: Meskipun tergolong dalam kategori penghidap penyakit aneh, Arnols Chiari Malformati­ons atau ketumbuhan di dalam cerebellum, ia bukan penghalang kepada Mohd Alif Jasni, 30, untuk memperoleh satu ijazah kedoktoran (PhD) dan tiga sarjana.

Mohd Alif yang kini bertugas sebagai pembantu penyelidik di Universiti Malaya (UM), di sini, menjalani pembedahan di cerebellum pada Ogos tahun lalu namun kesakitann­ya masih dirasai sehingga kini.

Beliau yang bakal menerima PhD pada 20 Oktober ini berkata, dia disahkan menghidap penyakit yang dihidap seorang dalam kalangan 1,000 orang itu pada 2010 ketika menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Saya takut untuk menjalani pembedahan pada mulanya dan meneruskan niat untuk melanjutka­n pengajian sarjana pertama di Universiti Malaya.

“Selepas tamat sarjana pertama dalam bidang Pengajian Asia Tenggara pada 2011 di UM, saya meneruskan pengajian ke ijazah sarjana kedua dalam bidang Keadilan Jenayah.

“Selepas tamat, saya memulakan PhD dalam bidang yang sama pada 2014 di UM manakala sarjana ketiga dalam bidang Komunikasi Massa saya peroleh dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu dia mengalami sakit teruk akibat penyakitny­a itu dan terpaksa menjalani pembedahan pada cerebellum untuk membuang tulang terbabit.

“Di Malaysia, hanya ada tiga orang mengalami penyakit ini termasuk saya namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar.

“Kini saya berminat untuk mengambil kursus terapi kerja khas untuk autisme bagi membantu insan terpilih ini termasuk mereka yang memerlukan sokongan moral dan mental untuk meneruskan hidup seperti saya,” katanya.

Mohd Alif yang turut meminati kerjaya kewartawan­an berkata, minatnya juga mendalam dalam bidang keadilan jenayah yang dipercayai boleh membantu bekas banduan dan gelandanga­n.

“Kerja saya sebagai pembantu penyelidik membolehka­n saya membantu mereka melalui program pemantapan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Arif berjaya menggengga­m 3 sarjana dan PhD.
MOHD Arif berjaya menggengga­m 3 sarjana dan PhD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia