Harian Metro

Putus kaki

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

„ Lelaki meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati selepas rempuh pemijak kaki lori

Seorang lelaki maut dalam keadaan menyayat hati apabila kaki kanannya putus selepas motosikal ditunggang­i bertembung dengan lori di Jalan Lundu-Sempadi, berhampira­n Kampung Temelan Dayak, petang kelmarin.

Kejadian jam 3.30 petang itu menyebabka­n Mohammad Saffik Merjalis, 22, maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang Yamaha LC cuba memotong sebuah kenderaan lain.

Menurutnya, mangsa gagal memotong dan masuk semula ke laluan asal menyebabka­n dia merempuh lori dari arah bertentang­an.

“Mangsa merempuh bahagian pemijak kaki lori berkenaan sehingga menyebabka­n kaki kanannya putus.

“Pasukan perubatan dari Hospital Lundu yang dipanggil ke lokasi mengesahka­n mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Alexson berkata,

lelaki berusia 34 tahun yang memandu lori berkenaan bagaimanap­un tidak cedera.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lundu untuk dibedah siasat dan polis mengambil keterangan daripada pemandu lori terbabit.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? LOKASI kemalangan maut Mohamad Saffik (gambar kecil) selepas motosikal ditunggang­i bertembung lori di Jalan Lundu-Sempadi, berhampira­n Kampung Temelan Dayak, Lundu.
LOKASI kemalangan maut Mohamad Saffik (gambar kecil) selepas motosikal ditunggang­i bertembung lori di Jalan Lundu-Sempadi, berhampira­n Kampung Temelan Dayak, Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia