Harian Metro

Rampas 1,400 liter diesel subsidi

-

Kementeria­n

Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas 1,400 liter diesel subsidi dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Rasa, Kuala Kubu Bharu, jam 8 malam kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatk Kuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, serbuan dibuat hasil risikan dan maklumat awam.

“Kami menerima maklumat awam yang curiga apabila melihat beberapa lori sering mengisi diesel dalam kuantiti besar di stesen minyak itu sebelum melakukan risikan.

“Kami turut menahan lelaki berusia 30-an yang mengisi diesel ke dalam beberapa tong diletak di atas lori tanah,” katanya di Stor KPDNHEP di Seksyen 25, semalam.

Azman berkata, diesel adalah barang kawalan dan setiap kenderaan hanya dibenarkan mengisi sehingga 250 liter saja.

“Jika diisi dalam tong, pihak berkaitan mesti mendapat kebenaran KPDNHEP terlebih dulu. Kami juga masih menyiasat ke mana diesel subsidi terbabit dibawa.

“Pemilik syarikat lori itu dipanggil dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan.

Kami juga masih menyiasat sama ada pengusaha stesen minyak berkenaan terbabit dengan kegiatan ini.

“Jika didapati bersalah, kami akan menggantun­g lesen atau membatalka­n lesen stesen minyak terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, anggaran nilai keseluruha­n rampasan lebih RM92,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menggunaka­n barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia