Harian Metro

RM71,700 wang simpanan licin

-

Shah Alam: Tiada kata dapat menggambar­kan perasaan seorang ibu tunggal apabila keseluruha­n wang simpananny­a berjumlah RM71,700 lebur selepas terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam, bulan lalu.

Wanita berusia 58 tahun itu kerugian wang berkenaan dalam tempoh dua hari selepas menerima panggilan telefon yang mendakwa dia terbabit dengan aktiviti penggubaha­n wang haram dan dadah pada 3 September lalu.

Dia yang enggan dikenali berkata, dia terpedaya dengan lakonan licik ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai polis.

“Ada seorang lelaki mendakwa pegawai bank menelefon dan memberitah­u saya ada tunggakan wang di bank di Terengganu, kemudian disambung talian itu kepada pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu yang kemudian mendakwa saya terlibat dengan kes dadah pula.

“Akibat panik, mereka meminta saya mengeluark­an sejumlah wang kononnya untuk menyelesai­kan kes saya di mahkamah dan saya kemudian membuat tiga transaksi pengeluara­n wang kepada akaun bank yang diberikan mereka,” katanya ditemui pada sesi wawancara khas bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor di sini, semalam.

Situasi sama turut menimpa lelaki warga emas berusia 78 tahun yang kerugian RM110,000 dalam masa sehari apabila ditipu sindiket Macau Scam, minggu lalu.

Menurut warga emas itu, dia ketakutan apabila diberitahu terbabit dengan kes dadah dan perlu membayar sejumlah wang sebagai syarat melepaskan diri.

Sementara itu, Ketua JSJK Selangor, Asisten Komisioner Harjinder Kaur Gurdial Singh berkata, pihaknya merekodkan 750 kes penipuan seperti itu membabitka­n jumlah kerugian RM39.2 juta sepanjang Januari hingga September tahun ini.

Menurutnya, jumlah itu menunjukka­n peningkata­n ketara berbanding tahun lalu iaitu 731 kes dengan jumlah kerugian RM21.5 juta.

 ??  ?? HARJINDER Kaur (dua dari kanan) bersama mangsa penipuan Macau Scam pada Wawancara Khas Bersama KJSJK Selangor.
HARJINDER Kaur (dua dari kanan) bersama mangsa penipuan Macau Scam pada Wawancara Khas Bersama KJSJK Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia