Harian Metro

MARA serah kes pegawai didakwa kepada pihak berkuasa

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyerahka­n kes seorang pegawainya yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pihak berkuasa.

Untuk rekod, kelmarin, seorang Ketua Penolong Pengarah MARA didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan bersetuju menerima dan memperoleh suapan RM3,000 bagi meluluskan penyambung­an kontrak penyewaan Anggerik Mall, empat tahun lalu.

Dalam kenyataan dikeluarka­n Bahagian Komunikasi Korporat MARA semalam, agensi itu akan memberi kerjasama penuh sepanjang prosiding mahkamah sebagaiman­a ia turut bekerjasam­a sepanjang proses siasatan yang dilaksanak­an sejak 2014.

“MARA sentiasa memastikan integriti organisasi ini terpelihar­a dan tidak sesekali berkomprom­i dengan sebarang salah guna kuasa dan penyelewen­gan yang membabitka­n kepentinga­n awam tanpa mengira jumlah suapan,” katanya.

Bekas Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, semalam atas tuduhan menerima suapan RM4,200 membabitka­n bayaran membaiki sebuah kenderaan, tahun lalu.

Tertuduh, Hairudin Ngadiron, 43, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan utama dan pilihan selepas kedua-duanya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, dia yang bertugas di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bakri, Muar, didakwa secara rasuah menerima suapan RM4,200 iaitu bayaran membaiki kenderaan Toyota Landcruise­r Prado daripada Pengurus SMR Cahaya Enterprise, Razali Sawon melalui TH Motorsport di bengkel dekat Jalan Dato’ Haji Kosai, Parit Keroma, Muar, pada 15 Mac 2017.

Suapan itu untuk dirinya sendiri sebagai upah membantu

„ Bekas Penolong Jurutera JKR dituduh terima RM4,200

(TPR) SPRM, Khazrin Haffiz Khalil memaklumka­n kepada mahkamah bahawa tertuduh pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka dan berada dalam jaminan RM30,000.

Beliau mencadangk­an kes dihadapi tertuduh, semalam dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka dan dibicaraka­n dengan tujuh lagi pertuduhan dihadapi tertuduh di sana, selain mengguna pakai ikat jamin terdahulu.

Mahkamah bersetuju dengan cadangan TPR dan menetapkan 5 November depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka dan tertuduh dibenarkan ikat jamin dengan jaminan sedia ada.

Tertuduh diwakili peguam Faidzal Latif.

 ??  ?? HAIRUDIN dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah atas tuduhan menerima suapan babitkan bayaran membaiki sebuah kenderaan.
HAIRUDIN dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah atas tuduhan menerima suapan babitkan bayaran membaiki sebuah kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia