Harian Metro

Inisiatif elak maut lagi

-

Kerajaan Perak akan melakukan inisiatif berunding dengan pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Kerajaan Persekutua­n bagi menangani masalah kemalangan yang sering berlaku di laluan Terowong Menora dan kawasan berdekatan di situ.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, berkata ia termasuk kemungkina­n menghidupk­an semula cadangan membina laluan alternatif yang boleh mengurangk­an kejadian kemalangan di kawasan laluan berbukit dan curam itu.

“Ini inisiatif kerajaan negeri, kerana setiap kali musim perayaan akan berlaku kemalangan (di kawasan berkenaan) dan apabila ini berlaku, biasanya akan berlaku kesesakan teruk sehingga ke laluan berhampira­n Taiping dan Plaza Tol Ipoh Utara di Tambun, betul-betul (laluan itu) bukan lagi untuk memudahkan rakyat tetapi kesesakan yang menekan rakyat.

“Saya sentiasa merasa bimbang dengan keadaan lebuh raya di Terowong Menora begitu bermasalah dengan sering berlaku kemalangan sehingga mengakibat­kan kesusahan orang ramai, saya sendiri pernah terbabit dalam kesesakan teruk sehingga program dirancang menjadi tergendala, ini tidak baik untuk rakyat,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menjadi deejay jemputan di konti radio Perakfm dengan menampilka­n tetamu jemputan, sutradara tersohor tanah air kelahiran Perak, Mamat Khalid, di sini semalam.

Sabtu lalu, lima orang termasuk seorang bayi rentung selepas kenderaan Kia Forte yang mereka naiki dihimpit treler membawa muatan bijih besi sehingga ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan sebelum terbakar.

Insiden kira-kira jam 11.45 pagi berkenaan berlaku di Kilometer 255.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara,

„ Kerajaan Perak berunding dengan PLUS cari penyelesai­an kemalangan di Terowong Menora

dekat Terowong Menora, ketika laluan menurun di kawasan berbukit yang terbabit.

Ahmad Faizal berkata, ketika ini beliau tidak yakin banyak perkara boleh dilakukan di laluan berkenaan termasuk sama ada untuk memperbesa­r jalan atau melakukan lencongan berikutan kedudukan bentuk muka buminya.

Pada masa sama, beliau tidak melihat ada perkembang­an positif terhadap cadangan sebuah syarikat swasta sebelum ini untuk membina laluan alternatif dari Plaza Tol Ipoh Selatan di Jelapang ke Selama yang tidak melalui kawasan Terowong Menora.

 ??  ?? AHMAD Faizal (kanan) menemu bual Mamat ketika menjadi deejay jemputan di Perakfm dalam segmen ‘Sepagi Bersama
MB’ di RTM, Ipoh.
AHMAD Faizal (kanan) menemu bual Mamat ketika menjadi deejay jemputan di Perakfm dalam segmen ‘Sepagi Bersama MB’ di RTM, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia