Harian Metro

Tiada penjualan salad beracun

-

Melaka: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) negeri mengesahka­n bekalan produk salad Iceberg yang dicemari bahan kimia fipronil sudah dihentikan di negeri ini.

Pemberhent­ian bekalan itu membabitka­n di gudang simpanan, pasar raya, kedai runcit dan pusat beli-belah.

Pengarah FAMA negeri, Che Samudin Hassan, berkata tindakan itu susulan pemantauan dilakukan tiga anggota Pengedaran, Pembungkus­an dan Pelabelan Keluaran Pertanian (GPL) lembaga berkenaan di 14 premis di Bachang, Batu Berendam dan Ayer Keroh di sini.

Katanya, bekalan salad sedia ada di pasaran ketika ini adalah daripada syarikat dan juga dari ladang berlainan di Cameron Highlands dan Genting Highlands.

“Hasil pemantauan ke atas semua premis, didapati tiada penjualan salad jenis itu (salad Iceberg) yang berjenama Vege 2 Fresh.

“Pemeriksaa­n juga mendapati, satu daripada premis di Ayer Keroh menerima bekalan terus dari ladang di Genting Highlands, manakala selebihnya Cameron Highlands, namun ia dari ladang berlainan daripada yang dikeluarka­n oleh syarikat terbabit (Vege 2 Fresh),” katanya.

Kementeria­n Kesihatan sebelum ini mengarahka­n produk salad Iceberg berjenama Vege 2 Fresh dihentikan penjualann­ya serta-merta selepas disahkan dicemari bahan kimia fipronil.

Tindakan itu dilakukan selepas Pihak Berkuasa Pertanian-Makanan dan Veterinar (AVA) Singapura mengarahka­n supaya salad jenama berkenaan yang diimport dari Malaysia ditarik balik dari pasaran negara itu kerana mengesan paras racun serangga yang tinggi.

Fipronil adalah sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa GPL FAMA Melaka memeriksa bekalan produk salad Iceberg.
ANGGOTA penguat kuasa GPL FAMA Melaka memeriksa bekalan produk salad Iceberg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia