Harian Metro

Padah miliki kereta klon

„ Dua lelaki ditahan dalam serbuan berasingan

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Padah memiliki kenderaan klon menyebabka­n dua lelaki ditahan dalam serbuan berasingan dijalankan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman, kelmarin.

Operasi diketuai Inspektor Firdaus Shafik Abu Talib bersama 10 anggota itu dijalankan di Gombak dan Sepang hasil maklumat awam serta risikan mengenai individu disyaki memiliki kenderaan berkenaan.

Jurucakap JSPT berkata, dalam serbuan pertama polis menahan kereta dipandu seorang lelaki warga tempatan Nissan Navara berwarna hitam.

“Pemeriksaa­n mendapati nombor enjin dan casis kenderaan tiada dalam rekod.

“Nombor pendaftara­n yang digunakan pula adalah milik kenderaan sebuah syarikat di Johor,” katanya, semalam.

Katanya, soal siasat mendapati lelaki terbabit mengaku membeli kenderaan itu daripada individu dikenali sebagai ‘Ayob’ dengan harga RM41,000.

“Lelaki terbabit memaklumka­n penjualnya mendakwa kenderaan itu dilelong pihak bank,” katanya.

Katanya, dalam serbuan kedua di Sepang polis menahan lelaki warga Indonesia berusia 32 tahun.

“Dalam operasi itu polis merampas dua kenderaan Toyota Wish dan Vios,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati lelaki terbabit mengaku membeli kereta klon berkenaan daripada seorang lelaki dengan harga RM5,000 dan RM7,000.

“Sebuah kereta itu turut digunakan anaknya untuk berulang-alik ke kolej di Kajang.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 108 (3) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” katanya.

 ??  ?? KERETA klon yang dirampas dalam dua serbuan berasingan dilakukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman, kelmarin.
KERETA klon yang dirampas dalam dua serbuan berasingan dilakukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia