Harian Metro

Kontraktor MRT2 tergantung

-

Kontraktor yang terbabit dalam pembinaan kerja bawah tanah Transit Aliran Massa 2 (MRT2) mahukan penjelasan segera mengenai kedudukan mereka dalam projek mega itu.

Ia susulan keputusan kerajaan baru-baru ini yang melaksanak­an tender semula kerja bawah tanah projek itu bagi kerja yang belum selesai, menerusi proses tender terbuka antarabang­sa.

Penamatan kontrak yang mandatnya sebelum ini diberikan kepada MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MMC Gamuda) itu difahamkan akan menjejaska­n lebih 600 syarikat daripada rantaian sokongan yang berkaitan.

Pengarah Projek Pembinaan Mohamed Nazir Meraslam Sdn Bhd (MNM), Mohd Faiz Mohamad Nazir berkata, sehingga kini pihaknya masih belum mendapat sebarang komunikasi atau pemberitah­uan rasmi daripada MMC Gamuda atau pemilik projek, MRT Corp.

Katanya, pihaknya hanya mengetahui mengenai keputusan kerajaan dan penjelasan MMC Gamuda serta MRT Corp daripada media sehingga menyukarka­n syarikat untuk memberikan penjelasan kepada pekerja.

“Semua pihak bertanya kepada kami mengenai perkara ini dan sukar untuk kami jelaskan. Ini kerana tiada perbincang­an atau pemberitah­uan rasmi dari pihak terbabit. Ia menyebabka­n kontraktor sokongan seperti kami tergantung.

“Kerja masih terus dijalankan. Namun, perlu diingat, jika ia dibatalkan, selain kerugian dari segi kewangan, syarikat juga bakal berdepan kerugian masa, tenaga dan kehilangan pekerja mahir yang berkelayak­an.

“Ia memandangk­an setiap syarikat yang terbabit dalam projek di bawah MMC Gamuda perlu menepati keperluan yang ditetapkan termasuk menghantar pekerja kami menjalani latihan membabitka­n daripada pekerja di lapangan hingga ke pengurusan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia